Pages

Thursday, October 16, 2008

Blueberry Hidden Cake

Step_by_step_097

Mat Gebu@myresipi.com

Blueberry boleh diganti dgn jem strawberry atau jem raspberry.

Created on : 06-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Acuan diameter 30cm dan berlubang di tengah. )

  • 3/4 cawan gula aising
  • 150 g mentega, pada suhu bilik
  • 250 g cream cheese, pada suhu bilik
  • 3 biji telur Gred A, pada suhu bilik
  • 1/2 camca teh esen vanila
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat*(*digaul rata dan diayak)
  • 1/4 cawan susu segar/susu UHT
  • 5 - 6 camca besar blueberry filling

Cara-cara

  1. Step_by_step_088

    Satukan mentega dan cream cheese, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih.

  2. Step_by_step_090

    Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen vanila. Jarak waktu utk setiap biji telur ialah 1 minit.

  3. Step_by_step_091

    Pada speed perlahan, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar/uht hingga habis. Gaul rata.

  4. Step_by_step_087

    Sapu acuan bulat berlubang tgh dgn mentega dan tabur dgn tepung, ketuk keluar lebihan tepung.

  5. Step_by_step_092

    Tuang 3/4 adunan kek ke dalam acuan.

  6. Step_by_step_093

    Sudukan blueberry ke atas adunan kek tadi.

  7. Step_by_step_094

    Ratakan blueberry dgn spatula.

  8. Step_by_step_095

    Tuang lebihan adunan kek dan ratakan. Hentak perlahan acuan kek 2 - 3 kali. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit.

  9. Step_by_step_096

    Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.

2 comments: