artikel ini saya perolehi dari kawan saya di friendster....tidak tahu kisah ini benar atau tidak...jika ada salah...harap dimaafkan dan diperbetulkan segala isinya..apa yang ingin  saya tonjolkan di sini adalah......bersediakah kita...????kisah bermula......
"Ustaz, saya ingin bertanya.."
 "Ustaz, saya ingin bertanya.."
"Saya menjaga ibu saya yg uzur... saya membasuh kemaluan ibu saya..
 bagaimana dgn puasa saya...?"
 Ustaz bertanya "Adakah saudara sudah berkahwin?".
 Pemanggil menjawab "Belum Ustaz".
 Ustaz menjawab "Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
 saudara"...
 Setelah connection putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji
 kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar
 perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah si-ibu yg melahirkan
 jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itusebagai
 suaminya.
 ----------------------------------- ----------------------
  Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak
  lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.
 Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas
    berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah.
Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas
  Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas
untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau
 yang berdekatan.
  Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut
 melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut
 rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju
 dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu
 dialirkan air menuruni anak tangga.
  Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh
 sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah
 yang terhencut-hencutcubamenuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka
 pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal
 sejenak.
  "Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan
 serba-salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir
 dengan Isyak nanti."
  Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri
 pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati
 penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang
 diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu,
 buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah!
 begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia
 mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku
 bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.
 Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
 kasih.......
  Rentetan dari peristiwa itu,  dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak
 kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah
 yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.
 Hadis Nabi saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia
 orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari
 Allah SWT"
comel~
ReplyDeleteinsaf sket bace tis post/
thanx babe!
(actually tadi baru merajuk nagn my mom-die x bagi i kuar)
:)
welcome...maybe ad hikmah die xbg...dulu i penah x ikut ckp mama i...die xbg kuar..last2 i kuar gak.....pastu excident..hurm...
ReplyDeletecerita ini menginsaf kan!
ReplyDeletehebat!
good story! :)
ReplyDelete