Pages

Wednesday, December 24, 2008

ramai akan diberhentikan kerja??

kepada geng2 yg belum membaca surat khabar pada hari ni....saya tertarik dan terkejut dgn berita ini....lebih 4 ribu akan diberhentikn kerja....tetapi sy tak pasti yang akan diberhentikan adalah warga malaysia ataupun pekerja asing....

apa-apa pun disini dapat kita dapat lihat betapa penangan kegawatan ekonomi kepada manusia sejagat....beberapa hari lepas saya terbaca...beratus warga amerika diberhentikan kerja keranan kegawatan ekonomi....

rakan-rakan ku yg masih belajar ataupun sudah bekerja....kita ambillah pengajarn dari situasi sekarang ini...mungkin di mase hadapan lg hebat ujian yg akan kita tempuhi,jadi kita sama-samalah rancang masa depan kita...apa yang kita ada hari ini jangan disia-sia kan....simpan duit yang ada untuk masa hadapan...jangan dibazirkan duit yang kita ada ketika kita mengecapi kesenangan....

kita sediakan plan B supaya di masa depan kita tidak terkejut dgn apa yang berlaku...andai ada diantara kita yang menjadi guru contohnya, pagi ke tengahari kita jd cikgu,ptg kita berkebun....malam pula kita buat kelas tusyen....

seperti kawan saya...siang dia bekerja sebagai akauntan bank...malam pula berniaga menjual pakaian 'bundle'...kita pelbagaikan bidang yang kita ceburi(kalau kita mampu)....apa yang penting kita minat kerana bila kita minat...kita tidak akan merasa jemu atau penat.....malah kita lebih semangat dalam melakukanya.....


coretan saya pada kali ni bukanlah niat utk mengajar,tapi sekadar coretan pendapat saya untuk dikongsikan dgn kawan2 semua...jika ada salah silap...maap dipinta kerana saya hanya insan biasa.....



Mahu henti 4,749 pekerja

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
mymetro 23/12/2008


KUALA LUMPUR: Sehingga semalam, 102 majikan kebanyakannya dari industri elektronik sudah memaklumkan kepada Kementerian Sumber Manusia, hasrat mereka untuk memberhentikan 4,749 pekerja secara berperingkat mulai Januari hingga Mac depan, berikutan masalah ekonomi global ketika ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam (gambar), berkata daripada jumlah berkenaan, Januari mencatatkan pemberhentian pekerja paling tinggi iaitu seramai 3,111 pekerja, diikuti 1,523 (Februari) dan 115 (Mac).

Beliau berkata, majikan yang berhasrat memberhentikan pekerja dikehendaki membayar faedah penamatan kerja kepada pekerja terbabit tidak kurang daripada yang sudah ditetapkan mengikut Akta Kerja 1955.

“Majikan perlu membayar 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja sudah bekerja kurang dua tahun atau 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja berkhidmat antara dua hingga lina tahun dan 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja sudah berkhidmat lebih lima tahun.

“Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kementerian akan sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana majikan yang gagal,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.


No comments:

Post a Comment