Pages

Saturday, January 10, 2009

wanna success in your study???

lama juga saya tidak menulis artikel dalam blog ini..hanya copy and paste maklumat2 mengenai gaza yang semakin bergolak.semoga negara kita aman sentiasa terhindar dari sebarang kekacauan dan huru hara.aminn..

semalam saya mendapat mesej dari seorang rakan yang memberitahu bahawa resultnya jatuh dan minta bagaimana untuk belajar dan bahagikan masa.hm....saya pula bukannya seorang pelajar yang genius.ramai lagi insan2 yang hebat2.tapi,untuk tidak menghampakan seorang sahabat,saya cuba untuk berkongsi pengalaman2 saya.

dahulu,saya memang banyak hadapi kegagalan,jika tidak percaya,tanyalah kenalan2 saya. saya mula melaui kegagalan semasa SPM.saya tidak mendapat straight A.mase itu saya betul2 frust.ayah masam muka kerana harapannya straight A.di matrik pun result saya sgt teruk dan memalukan.

pada masa itu.sy mmg anggap ianya kegagalan...tetapi bila difikirkan balik, mungkin itu bukan rezeki saya. bila di uitm, alhamdulillah, result saya meningkat.mungkin kerana saya mengambil bidang yang benar2 saya minat.

success in your study
i love doing it!!
ini bermaksud kita kena betul2 minat dalam bidang yang kita ceburi.jika kita lakukan perkara yang kita tidak minat,kita akan mula bosan, letih ,ngantuk dll. Bagi pelajar, pilih course yang betul2 sejiwa dgn diri kita. Bill gates,jutawan microsoft memberitahu bahawa die akan tetap membuat programming walaupun die tidak bergelar jutawan. Bagaimana dia berjaya?dia enjoy!!

focus!!
haa..ini pun penting, bila tak focus maka tiada halatuju. buang dahulu perkara yang tiada kaitan dengan pelajaran. bukan bererti tidak boleh berseronok tetapi kena berpada2, jgn terlalu berseronok smpai lupe pelajaran. lihat sendiri Dato DR Fadzilah KamSah,beliau berjaya kerana focus dalam bidangnya. beliau membuat kajian bertahun2 untuk sesuatu 'subjek' untuk disampaikan kepada orang lain.

time control!!!
mase itu emas?dats rite!! so divide your time between study, family, fun, ibadah, sport. jangan terlalu berseronok, kita manusia sama je. 24 jam sehari. pernah terfikir tak? macamana kawan kita yang busy dengan pertandingan dan persatuan mendapat result yang lebih hebat berbanding kawan kita yang tidak terlibat dalam apa2 aktiviti. mungkin golongan ini ada dikalangan anda. cube lihat bagaimana mereka bahagikan masa. Bukan nak menyombong diri, tetapi semasa di UiTM, saya jual macam2, topup, prodk jimat minyak, hotdog smpai kadang2 memang letih. saya buat itu semua kerana ayah saya mengehadkan wang belanja saya. tapi alhamdulillah, result saya meningkat. ini juga bantuan dari rakan2!!

study group!!
saya pun bukanya seorang yang suke study berkmpulan, tetapi saya ikuti juga jika terdapat beberapa subjek yang tidak faham. kami akan berkongsi nota, bertukar2 pendapat, kemudian saya akan duduk sorang2 dan ulangkaji balik. Try la!! InsyaAllah berkesan.

no procrastinate!!
ini pun bahaya,jangan bertangguh kerja, kalau boleh, hari itu diberi assigment, hari itu juga siapkan. bila bertangguh sekali maka akan bertangguh segalanya. ini kesilapan saya dahulu. ada subjek yang saya tidak faham ketika lecturer smpaikan, dalam hati saya, nanti2 lah aku jumpe....anda nak tahu???dekat nak exam baru saya datang jumpe dia dan saya dimarahi habis2an....kerana banyak sangat yang tidak faham

no picky!!
ingatkan pilih awek je ada yang 'picky'...belajar pun ade.huhu...anyway jangan pilih subjek yg kita minat je untuk kita study. Study semua subjek yang kita ambil pada semester tersebut. ada orang memilih,contohnya,aku tak minat subjek A,malas la nak study, lantaklah,nasib lah boleh jawab ke tak. Hysh...jangan macam tu, jika kita pernah terfikir macam tu, kita buang..cube kita ingat balik ape pesan mak ayah k:-)

pa & ma !!
bila dah luntur semangat, ingatlah sape yang menjaga kita selama ini. Yang mendoakan kita. Mak saya akan berpuasa bila saya ada exam penting. Mak juga akan membaca yasin untuk saya. Ayah pun sama, walaupun sibuk dengan kerja, sentiasa menasihati saya dan mendoakan saya. THANKS MOM!! THANKS DAD!! RESTU IBU BAPA AMAT PENTING

doa
jangan lupa.tak perlulah saya jelaskan. DOA SENJATA KITA. kita bertuah kerana kita ada tempat mengadu. :-)

love + focus + time control + study group +
no procrastinate + no picky + pa ma + doa = success, insyaALLAH

No comments:

Post a Comment