Pages

Thursday, February 12, 2009

hari kekasih??

Salam hari rabu kepada rakan-rakan. :-)
14 Februari...hampir menjelma, mesti ada di antara kita yang sedang merancang untuk pergi kemana2 drngan pasangan kekasih. Yelah, hari itu merupakan hari kekasih bg mereka. Mesti semua dh tahu kan sejarah 14 februari ni???
Hmm....adakah kita nak memperingati seorg kristian bernama valentine???tp tak dinafikan, negara2 arab pun terpengaruh dengan budaya ini.

Oleh itu, jika benar2 hendak meraikan hari kekasih, apa kata kita jadikan hari2 kita, setiap hari adalah hari kekasih. Lagi best!! sebab kalau yang dah berkahwin, akan sentiasa happy, bayangkanlah, bangun sahaja dari tidur, "selamat pagi sayang, selamat hari kekasih :-)"...
Kalau taknak pun, apa kata kita jadikan tarikh lahir kita, tarikh kita berkenalan, tarikh perkahwinan sebagai hari kekasih....itu lagi indah bukan???

Terpulanglah pada setiap individu, apa yang baik, kita ikut, yang tak elok, jangan diikut. Saya hanya insan biasa......

Apa2 pun..kepada pasangan yang bercouple, cepat2 la kawen :-)
yang dah berkahwin tu, erat2 kan lagi hubungan, jangan bercerai berai, ada problem, selesaikan segera, jgn disimpan di dalam hati nanti merana diri :-)




petikan dr mymetro rabu, 11/02/2009

Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope.

Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.

Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun.

Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan.

No comments:

Post a Comment