Pages

Wednesday, February 18, 2009

Sempurnakah kita??

Pernah kita terfikir?Kita sibuk menjaga kain orang lain sedangkan kain sendiri terselak?Kenapa macam tu?

Baru2 ini kawan saya ada memberitahu, dia kasihan melihat temannya dikutuk, dihina kerana sifat semula jadinya(tidak perlulah saya beritahu apakah sikapnya).

Apa yang membuatkan saya pelik, orang yang suka mengata dan mengutuk tu, mulia sangat ke? Sempurna sangat ke? Saya pun sedar yang saya pun bukannya orang yang sempurna. Maksudnya kita mungkin sempurna dari segi fizikal dan mental, tapi kita tak sedar, setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan. Mungkin mereka mengutuk, mencaci dengan beranggapan supaya orang tu berubah, tetapi adakah mereka tidak sedar perbuatan mereka itu memakan hati dan menganiaya rakan sendiri?

Jaga tepi kain orang tu pada saya boleh, maksud saya kita ambil tahu siapa jiran dan rakan kita, kita membantu mereka bila mereka susah. Itulah yang sepatutnya dilakukan. Bertanggungjawab terhadap jiran dan rakan, bukan kawan makan kawan.

Kita sering mendengar kata2 sakti ni:

"rakan@kawan yang sejati & jujur adalah mereka yang sentiasa bersama kita tak kira kita sedang gembira atau pun duka, tak kira susah senang, tetap bersama"


Untuk yang suka mencaci dan mengutuk;

Lihat diri sendiri dulu
Sebelum mengata orang lain, lihat diri kita sendiri macam mana. Jika sendiri pun tidak terurus, jangan sesekali mengata yang bukan2 pada orang lain.

Tegur hikmah
Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar kita berhikmah bila menasihati seseorang. Kalau kita rasa seseorang tu melakukan sesuatu yang kurang enak dipandang mata, apa salahnya kita tegur secara berhikmah, tidak perlu nak mengutuk, memaki, takde faedah.

Tiap orang ada kelebihan dan kekurangan
Kita kena faham yang di dunia ni ada macam2 ragam & karenah manusia, kalau semua manusia mempunyai perangai yang sama, maka takde corak kat dunia ni.

Untuk yang di maki, dikutuk dsb;

Sabar
Ini penting, kalau tidak sabar, maka akan berlaku perkara di luar jangkaan, seperti pergaduhan dan bunuh diri. Its better for us to stay cool and calm coz we all already know that our prophet always patient and calm when he face obstacle.

Doa
The most imprtant thing is doa. Ini senjata kita. Tiada tempat yang paling baik untuk mengadu melainkan mengadu pada DIA. Kita minta agar dikuatkan semangat, diberikan kesabaran yang tinggi.

Think positive
Anggap segala kritikan itu panduan untuk kita mengubah diri kita menjadi yang lebih baik. Mungkin mereka mengkritik secara kasar, kita hadapi dengan tenang dan berubah sedikit demi sedikit menjadi yang lebih baik.
Ingat, tiada sesiapa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.


Sedang saya menaip post kali ini, teringat saya, dahulu saya pernah ditegur rakan kerana gurauan saya yang kadangkala menyinggung perasaan, terima kasih kerana menegur, maafkan salah silap saya.


No comments:

Post a Comment