Baru-baru ini aku dikejutkan oleh sebuah emel yang datangnya dari salah seorang pembaca setia blog aku. Namanya biarlah aku saja yang tau, apa yang penting adalah kandungan e-mel tersebut:
i want to give u a suggestion la for ur blog, pe kate u tulis...lelaki tercipta untuk kikis harta wanita.. kn kebykan lelaki nk kawen pn cr wanita yg kaya then soh pompuan 2 benti keje.. kbykan lelaki kan bengap,xleh dtegur,n ntah pape...
Kepada kaum adam yang membaca, harap bersabar, pada kaum hawa pula, jangan lekas tersenyum. Biasalah, masalah jantina memang takkan selesai jika dibincangkan dengan emosi dan akal fikiran yang tidak seimbang. Apa yang penting adalah kewarasan akal fikiran dalam menilai sesuatu.
Aku bukan mahu memihak kepada adam ataupun hawa. Tapi realitinya, kedua-duanya sama cuma ada di antara kita yang belum berjumpa dengan orang yang bersikap seperti apa yang dikatakan oleh pembaca di atas.
Kawan-kawan, inilah yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tak semua lelaki macam tu, aku sendiri dah standby kumpul duit untuk anak bini aku nanti. Aku taknak diorang susah cam aku. Aku pun bukan jenis org yang suke bergaya. Pakai ape yang ada. Buat ape aku nak kikis duit pompuan?? Kan lagi berkat cari rezeki gunakan kudrat sendiri.
Boys & girls, Adam & Hawa dicipta untuk melahirkan kita semua. Lelaki dan perempuan dicipta untuk membantu antara satu sama lain, kita semua dicipta untuk saling berhubung memakmurkan dunia ini. Terserah pada kita bagaimana kita hendak melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita.
Apa yang penting, kerjasama, memahami dan tolak ansur
salah silap mohon maap
aku insan biasa

1- Jangan menghukum manusia mengikut hati. Biar tersalah ampun dari tersalah hukum.
ReplyDelete2- Jangan membuat kenyataan am (generalization) terhadap mana-mana pihak. Setiap manusia berbeza; punya akal, hati dan perasaan berbeza.
Harap komen ini membantu pembaca blog tersebut. Apa pun, ko back up la lelaki ye why... haha~