Pages

Sunday, June 21, 2009

HERO



Ayah aku tetap hero aku...selamat hari bapa kepada seluruh bapa-bapa kat dunia yang telah bekerja keras, membesarkn anak-anak ayah ni.

Seorang ayah, sanggup meredah hujan, membawa gerabak sawit, mencari rezeki....anaknya berada di asrama, duit tak cukup...si ayah dan ibu sanggup menahan lapar dahaga demi mencari duit untuk anak-anak.
sungguh aku katakan, jika kita tak merasa sendiri susahnya mak ayah bekerja, kita akan leka, duit yang diberikan entah kemane perginya. Aku pun pernah lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Bila aku turut bekerja dengan ayah aku, ya tuhan, bayangkan di bawah terik matahari, berhempas pulas mencari rezeki sesuap nasi.

Semasa aku kecik,hidup kami sekeluarga memang susah. Ayah sampai ikat perut bekerja. Aku pulak sakit..hurm...syukur aku ada mak ayah yang sanggup berkorban untuk aku. Sebab tu bila aku dah besar, aku ikut apa jua yang mak ayah aku minta termasuklah berhenti belajar untuk membantu family di kampung. Ramai yang memarahi aku. Aku tak kesah.

Sabtu malam selepas pulang kerja, aku meronda2 nak cari hadiah untuk ayah. Mungkin jasanya aku tak dapat balas tapi sekurang2nya aku nak sambut hari bapa dan menghargai jasa2 ayahku. Aku belikan kek untuk ayah aku. Sampai je kat umah, aku mesej dia,"ayah,nanti balik jangan lupa potong kek,kitorang tak makan selagi ayah tak potong".huhuhuu....tak sampai 10 minit ayah aku sampai rumah. Kitorang nyanyi kan lagu hari bapa untuk ayah, salam & cium pipi ayah...tiba2 ayah cakap...manis sgt la kek ni...huhuhu...alamak...salah beli plak..huhu...lepas tu kitorang borak2.

Tak kiralah hari bapa ataupun tidak, jika hendak pulang ke hostel atau pergi kemane-mane tempat, kalau sempat, ciumlah mak ayah kita. Selagi mereka ada bersama kita, hargailah mereka.

sayang ayah...sayang mak.
maafkan salah silap.
aku insan biasa.

No comments:

Post a Comment