Pages

Tuesday, August 17, 2010

ganjaran tarawikh:besh nih!! tp betul ke hadith ni?


salam ramadhan.....

malam ramadhan beberape tahun lepas...

di rumah,kedengaran bilal melaungkan azan menandakan waktu isyak. aku mencapai kopiah sambil menguap waahhhh (hish...tutup mulot tu...biawak pon leh masok)..malam ni nk g trawikh naek basikal ke jalan kaki ye???hurmmm ahhh...naek motor ler. cepat sikit hehe.,..smpai sahaje di masjid, aku trnampak sehelai kertas. aku pon membace dengan teliti......

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda (berkenaan dengan fadzilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sehinggalah ke malam yang ke-30...

fuhhh...nih yg makin semangat nk berterawikh ni...tp....betul ke fadhilat2 tiap2 malam nih???

aku ni lemah dalam bab2 agama...lalu aku search kat tenet.........bermule lah pencarianku,



Ulama' hadis dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadis. Atau disebut sebagai HADIS PALSU. Penyebaran hadis ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.
Di dalam beramal di bulan Ramadan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkat umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadis adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah saw akan balasan neraka terhadap pendusta hadis dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadis.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya (terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

ingatan kepade diri sendiri dan rakan2, semoge kite semue mendapat keberkatan dalam bulan yg mulia ini. tngkatkan amal ibadat kite sesungguhnye Allah amat menyayangi kiter.....


sumber: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

2 comments:

  1. nice la bro..x sangka ada gak org yg kaji bnde ni n bg tau yg hadith2 tu palsu..segan nk ckp kt kwn2 takot ada yg pegang pd hdith2 tu..ko mmg bes la...

    ReplyDelete
  2. buat pe nk segn b'kongsi... as long as sumber y saudara dpt sohih.. xperlu malu... kte kene saling ingat mengingati antr satu sama lain..=)

    ReplyDelete