nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, September 22, 2010

tragedi 17 september: treler terbalik a.k.a drifter terlampau


salam kengkawan....agak lambat aku post pasal kemalangan ni. 17/9/2010, lori sawit milik JTM Enterprise,sebuah company kecil telah terbaring di korner ladang teh selepas bandar Kluang menghala ke sg kahang. menurut pemandu treler tersebut yang juga merupakan pakcik aku, dia baru sahaja memotong sebuah motor, lepas tu ade kereta hampir berlanggar dengan treler yang dipandunya. pakcik aku mengelak sedikit,tapi malangnye ekor treler tersebut dh terbabas sikit ke tepi jalan menyebabkan ekor treler tersebut terangkat. pakcik aku cakap lepas dia ternampak tayar belakang terangkat,dia terus pengsan. sedar2 dia dah berada di hospital. alhamdulillah die tak pape, cume cedera ringan dan kepalanya benjol kerana terhantuk.

berhati-hati, malang tak berbau.

lagi gambar

mari cat mengecat bersama FIRESTARTING AUTOMOBIL!!!!


salam pade kengkawan yang aku sayangi huhuhuhu....sayang ke???

kali ni aku nak promote bengkel cat mengecat kat JB. agak dahsyat gak diorang nih. ade jer customer yg datang. tak penah lengang pon. huhuhuhu
yang aku lagi respek, blog diorang ni. selalu bg tips2 yang bergune berkenaan kenderaan yang kita selalu guna. anyway teruskan membaca.. mane la taw terdetik nak cat kereta ke...motor ke....kalau cat rumah, aku tak pasti...tu kene tanye tauke maaa :-)

Selamat datang ke FIRE STARTING AUTOMOBIL . 617, Jalan Serunai11, Taman Selang, 81400, Kulai Johor H/p tel/sms: o17-7405372 (Azli).
e-mail: afzainizami@yahoo.com
blog: http://firestartingautomobil.blogspot.com/

Perkhidmatan yang kami sediakan

Mengecat (Painting 2K, Metallie, Special Effect, Diamon 3D)

Pemasangan 'bodykit', FRONT SKIRT,LEFT SIDE SKIRT,REAR SKIRT, CENTER REAR SPOILER(PU/FIBER GLASS) pelbagai model kereta.

Ketuk 'body/kemek

Tempahan papan Number plat kenderaan

HARGA TUKAR COLOUR 2K

1.) SOLID 2K
(RM 1500.00 – RM 2000.00)

2.)METALLIC 2K/ PEARL
(RM 1500.00 – RM 2300.00)

3.)SPECIAL EFFECT
(RM 2000.00 – RM 2500.00)

4.)DIAMOND
(RM 2600.00 – RM 3200.00)

5.)3D(COLOUR)
(RM 3000.00 – RM 3800.00)

6.)3D + DIAMON
(RM 4000.00 – RM 6000.00)

7.)SPECIAL EFFECT + DIAMOND
(RM 3000.00 – RM 4000.00)

HARGA LAYANG LUAR 2k COLOUR

1)SOLID 2K
RM 900.00 – RM 1400.00

2)METALLIC 2K/ PEARL
RM 1000.00 – RM 1500.00

3)SPECIAL EFFECT
RM 1300.00 – RM 1600.00

4)DIAMOND
RM 1500.00 – RM 1800.00

5)3D COLOUR
RM 1600.00 – RM 2000.00

6)3D + DIAMOND
RM 2000.00 – RM 2500.00

7)SPECIAL EFFECT + DIAMOND
RM 1500.00 – RM 2000.00

CAT LAMBAT KERING

CAT LAMBAT KERING
RM 800.00 – RM 13000.00

LAYANG SATU BODY LAMBAT KERING

CAT LAMBAT KERING
RM 600.00

POLISE KENDERAAN

POLISE
RM 100.00 – RM 130.00

NOTE..PERHATIAN UTK SEMUA PELANGGAN......
HARGA MENGIKUT KEADAAN BODY KENDERAAN & MODEL KENDERAAN..

Tuesday, September 21, 2010

semakin lama semakin berharga: honda petak versi adik beradik

salam,kali ni saje je nak post gambar 2 biji moto yg same jenis tp rupe berbeza huhu....layankan jer la ye, "semakin lame,semakin berharga"







Monday, September 20, 2010

pil kuda? mati pucuk?


salam pade semua kengkawan!!!! hope hari ni semua sihat2 belake yer. aku plak selesema tak ilang2....

haaaaaccchooooommmmmmm.....srrooooottttt....srooootttt...adoi2....uhuk3....
maaf yer....terkurang sopan plak hari ni huhuhu.

post kali ni aku nak cerita pasal pil kuda. entah nape aku tetiba terngin nak cerita pasal pil yang kononnya besh ni.

pil kuda,1 nama yang tak asing lagi tapi perlu diingatkan bahawasanya pil ni bukan dibuat untuk kuda mahupun enjin kereta kuasa kuda. ura-ura mengatakan pil kuda ini bagus untuk menjadi hebat ketika melakukan hubungan seks...betul ke?? wahhh...jangan teruja plak je..baru2 ni pun kita dikejutkan dengan berita pelajar sekarang menggunakan pil kuda untuk membolehkan mereka berjaga malam dan study ke tahap yang maksimum..betul ke??

Sunday, September 19, 2010

edisi khas raya: kami mau kurus!!! hehe - kredit to ayipbear.blogspot


salam kengkawan!!!
adehhh perot ak memulas plak...jap ye...mau pegi bilik termenung.....

(sejam berlalu.......)

i'm back lalalalal...sowei lame menunggu huhuhuhu...biase r,lepas raye ni perot nye meragam plak hehehehe.

pada post yang lepas, aku ade bg tips nk kempiskan perot kan?heheh...yg lepas tajuknye kepade perot muncit!!! tapi kali ni ak dapat lg bahan besh daripada kawan yg baru aku dalam dunia blog nih, http://ayipbear.blogspot.com/....korang kalo rajin singgah la blog kawan aku tu ye :-)

pade sesape yang rase2 perut semakin kedepan tu eloklah amalkan tips kat bawah ni ye. kalo agak2 memang nak membesorkan badan maka tak perlulah buat ape2...senang citer, makan tido je le huhuhuhu....

teringat pesanan ayah aku, " makanan yang sedap tu lah yg membawa penyakit".


"alamak, nak beli seluar segan pulak, semua da naik saiz 30++, nak beli baju saiz M pun dah tak boleh dah macam dulu, nak kene cari saiz XXL, aduh, segan la macam ni kat orang."

TIPS KURUSKAN BADAN TANPA UBAT-UBATAN!


1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma badan masih lagi randah. ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.


Thursday, September 16, 2010

BARAAN hari raya (kunjung mengunjung di hari raya)

SALAMMMMM.......hahahha adesss....ni pon mmg sgt terlewat le aku mengepost ye....huhuhu...gambor ni aku snap mase raye kedua. semua tempat mungkin ade tradisi camni kan? yup!!! kalau orang jawe akan panggil BARAAN.....kadang2 diorang cakap marhaban...adesss...ape2 pon yang penting semuanye membawa maksud dan niat yang same iaitu kunjung mengunjung rumah ke rumah pada hari raya.


salam aidilfitri maaf zahir batin daripada irwanmiswan


salam pade kengkawan semua. mak aih....aku ni trok tol la....lupe pulak nk post ucapan raye kt sini huhuhuhu...maafkan salah silap aku ye. kadang2 aku ni main tulis je kat blog ni sampai tak memikirkan hati dan perasaan pihak tertentu. blog ni sekadar coretan hati aku dan nak berkongsi story kat kengkawan semua. kalau ade yang terguris ke dengan ayat2 dalam blog ni aku mintak maap la ye. semoge persahabatan kite kekal ke akhir hayat.....

seiring salam deruman yoshimura ori,nilai persahabatan tak ternilai dgn LC Transformers, walaupun ranggi bergaye dengan arai crank,melawan arus angin dengan honda petak, biarpun hati sekering mat rempit, bila takbir bergema menangis jua.....

.:SALAM AIDILFITRI:.
.:MAAF ZAHIR BATIN:.

::budakkampung39.blogspot.com::

salam aidilfitri,
irwanmiswan

Wednesday, September 15, 2010

135 LC 'Y' Transformers dalam Kapcai sept 2010!!! rock n' ride nohhhhh


terime kasih pada Kapcai kerana sudi letak motor aku yang xseberapanya ini kat majalah moto tersempoi nih. mak aku hepy sangat bile moto aku masok majalah Kapcai. siap bace majalah ni pakai spek lg taw. ayah aku pun same,siap tunjuk kat kawan2 die yang datang beraye. aku bukan nak berlagak, tapi terima kasih kat kapcai kerana dah wat family aku ni hepy. yerla...aku ni belajar tak tinggi...belajar...pastu berenti.....atleast aku leh wat diorang hepy.....

Tuesday, September 14, 2010

The Biggest UTM Autoshow!! - 26/9/2010

4tarikh : 26 sept 2010
masa : 11pg-7pm
lokasi : padang kawad UTM Skudai

register fee:
kereta = Rm50
motor = Rm30

hadiah :
1st-4th = cash + piala + voucher Toyo tires
5th = piala + voucher Toyo tires
6th-10th = hamper


nampak tak moto sape tu??huhuhuhu...(cisss....jgn berlagak...x elok)...terime kasih...ni yg wat ak nk dtg ni...tp taktau ler bile dpt dtg

pembunuhan datuk sosilawati lawiya - pembunuhan yang sangat kejam!!


salam kengkawan sekalian. sume sedia maklum akan kes bunuh datuk sosilawati lawiya kan? yerla..pembunuhan yang amat kejam. tak perlulah aku ulas panjang lebar kerana aku sedih. yerla. kawan aku merupakan penduduk Sri Medan Batu Pahat. menurut beliau, datuk sosilawati berasal dari keluarga yang sangat susah. mempunyai ramai adik beradik. kesusahannye susah nak digambarkan.

yang amat menyedihkan, cara dia pergi meninggalkn orang2 yang tersayang. sampai penduduk di kampung aku pun sedih. ada orang tua yang menangis mengenangkan nasib yang menimpa datuk sosilawati. ade sorang makcik cakap,"bile aku bace berita tentang datuk sosilawati, sedih aku, menangis aku. dia cari rezeki untuk anak-anak. susah payah dia bekerja. tapi meninggal dengan cara macam ni."

aku harap, ape pun yang terjadi, penjenayah yang berjaye di tangkap dan disabitkan kesalahan, hendaklah diberikan hukuman yang setimpal. kepada keluarga datuk sosilawati diharapkan dapat bersabar. mungkin dugaan hebat ini ade hikmahnya kepada kita semua supaya lebih berhati2 pada masa akan datang.

jangan kita percaya bulat2 dengan seseorang kerana mungkin itulah musuh kita.

alfatihah buat allahyarhamah, semoge rohnye dicucuri rahmat...
alfatihah juga buat mangsa2 yang telah dibunuh dengan kejam

maaf salah silap

salam

Sunday, September 12, 2010

kisah di sebalik sawit: kudrat si tua

salam kengkawan, kali ni aku nak tunjukkan kat kengkawan semua betapa susah nye orang tua kite mencari rezeki. bagi orang kampung, rezeki utama kami dari kelapa sawit. kalau pokok kelapa sawit melawas,kurang buah,maka sikitlah yang kita dapat. bila harga turun, maka sikitlah juge yang kita dapat.

Saturday, September 11, 2010

aku dan mini cooper

salam lebaran pada kengkawan aku sekalian. mohon maaf zahir dan batin. ni lah gambar raye pertame aku haritu huhu. tp ni bukan kereta aku....kereta comel ni kereta rakan cina aku...namenye tony huhuhu. die ni tau2 je aku suke kereta ni. aku dah try bawak. not bad. takde r kecik mane. kalo nk dibandingkan dengan kancil, luas kereta ni lagi...

Tuesday, September 7, 2010

tragedi akhir ramadhan - langgar babi

mase ni lepas kebakaran kat rumah kawan aku tu. diorang nk pergi expo. tetibe kitorang dapat call dr diorang. terlanggar babi...adoiiii...macam2...tp aku respek r kt kereta proton saga nih. babi tu katenye besar...siap diseret jauh...tapi kereta ni bumper je kemek.

aku tak pernah lagi dengar orang langgar babi, orang tu sehat walafiat, mesti ade yg mati, takpun luke teruk, patah tangan!!!!!!

kesimpulanye: janganla kowang bawak laju2 kat jalan gelap. OK :-)

tragedi akhir ramadhan - rumah terbakar

Salam kengkawan, maaf sebab lame tak mencoret2 kat sini.

Tanggal 6 september 2010, mase tu hampir nk berbuke puase, letrik tetibe takde....smpai la ke malam...aku plak keletihan kerja. lepas solat, aku terus tido. dalam pukul 9.45 malam, aku dapat mesej dari kawan aku,"Y rumah orang kampung kiter terbakar!!!" terkejut aku...aku tnye rumah sape??...."rumah epul"..ya tuhan...lagi kuat jantung aku berdegup. mane tak nye, rumah yg terbakar tu merupakan rumah kawan aku, yang periang orangnye. sebelom ni pun macam2 masalah yg die hadapi tp dia tetap tenang. umurnye dah 30-an tapi bile lepak & borak2 dengan kitorang, die sentiase hepi. tak pernah pon tunjuk muke ade masalah. ya tuhan. macam2 dugaan yg die hadapi.
gambar yg aku amek tu gambo mase aku mule2 smpai kt tmpat kejadian. kami org kampong tak sempat nak wat ape2. api cepat marak2 sebab rumahnye rumah kayu. aku tanye die, sebelom die keluar rumah, die ade letak lilin beralaskan tin biskut kosong diletakkan kat belakang pintu rumahnye. die duduk berdua dengan neneknye. nasib baik neneknya pergi ke surau dan die pergi cucuk satay. alhamdulillah takde sesiapa yang tercedera. tapi banyak barang berharga yang musnah......

semua ni ade hikmahnye. setiap ape yang berlaku telah ditentukan tuhan. aku yakin.....mungkin lepas ni rezekinya akan melimpah ruah. hati semakin tabah.....aminnnnn....

tips penting:
  • kalau nk alas lilin dengan tin biskut, pastikan penutup tin tu dibukak. sebab haba akan terperangkap dan tin akan meletup.
  • sediakan pemadam api kat umah
  • kalau api dh marak & dah tak leh simbah dengan air, simbah air di kawasan/dinding yang belum terbakar supaye tak merebak.
  • keluarkan tong gas.
maaf salah silap...
semoge kite dijauhkan dr dugaan yg kite tak mampu tangung...

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan