SALAM..
kepada peminat2 moto LC,mungkin korang takkan ketinggalan untuk memiliki model baru yamaha 135LC dengan 5 kelajuan. kalau rakan2 berminat ingin mengetahuai perkembangan permotoran di negara kita,boleh ke laman, http://www.arenakereta.com/
 agak2 motor aku ni nak trade in kan tak eh?
Antara ciri baru bagi versi 5-kelajuan  klac tangan ialah penggunaan brek cakera untuk bahagian belakang, brek  depan dengan dua kaliper, tayar belakang yang lebih lebar untuk  tunggangan yang stabil serta rekaan speedometer dengan sinar iluminasi  baru. Versi klac tangan 5-kelajuan menawarkan 12.3hp kuasa dan 12Nm tork  dengan 5kg lebih berat manakala bagi versi klac automatik pula ialah  12hp dan 11.79Nm tork.
“Dengan rekod jualan sekitar 17,000 bagi  tahun lalu, model ini dijangka akan mendapat perhatian meluas  penunggang di Malaysia, terutama dengan penawaran peningkatan prestasi  bagi model versi 5-kelajuan ini,” tambah Ng. Di dalam perkembangan sama,  syarikat turut mengintai untuk memperluas eksport produk mereka ke  luar. “Buat masa ini, sejumlah 400 unit FZ 150i dieksport ke Singapura,”  ujar Ng.
Model popular dua lejang keluaran  Yamaha, RX-Z juga turut diberhentikan pengeluarannya bermula tahun ini.  135LC klac automatik dengan wajah baru dijual pada harga RM6,506.95  manakala versi 5-kelajuan klac tangan pula pada harga RM7,070.10.
Sumber dan disalin sepenuhnya dari : BH Auto (Berita Harian, 25 Mac 2011, Jumaat) 

No comments:
Post a Comment