Soalan :
Kakitangan syarikat kami yang bekerja secara giliran dikehendaki bekerja secara terus walaupun hari tersebut terjatuh pada hari Jumaat. Jika seseorang kakitangan bekerja pada dua hari Jumaat berturut-turut, maka beliau dibenarkan meninggalkan kerja untuk menunaikan fardu Jumaat pada salah satu hari Jumaat tersebut. Dalam kata lain, kakitangan di atas giliran hanya dibenarkan untuk menunaikan fardu Jumaat sekali bagi setiap 2 minggu yang mereka berkerja. Kaedah di atas terpaksa digunakan oleh kerana corak perjalanan loji yang memerlukan pengawasan dari kakitangan berkenaan setiap masa. Tambah merumitkan lagi 'teknologi memproses bagi yang digunakan di sini adalah merupakan yang paling moden di dunia dan merupakan kilang pertama di Malaysia mempraktikkan teknologi dari Jepun ini. Minta pandangan tuan.
Jawapan:
Sembahyang Jumaat adalah fardu 'ain di atas setiap orang lelaki Islam mukalaf yang tidak dalam pelayaran dan tidak pula uzur. Meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa uzur syari'i adalah berdosa. Bekerja mencari najkah hidup dalam waktu Jumaat tidaklah dikatakan uzur syari'i yang diharuskan meninggalkan Jumaat. Dalam masalah yang dipersoalkan itu maka wajib di atas pekerja-pekerja yang beragama Islam meminta izin dari majikannya untuk menunaikan fardu Jumaat tiap-tiap hari Jumaat dan bagi mereka yang takut dibuang kerja seperti mereka benar-benar percaya dan yakin kalau pergi Jumaat akan diberhenti atau dibuang kerja, maka atas mereka itu bolehlah disifatkan uzur syari'i yang diharuskan meninggalkan Jumaat. Pihak berwajib hendaklah berikhtiar sedaya¬upaya yang boleh mencari jalan supaya dapat diatasi untuk membolehkan pekerja¬ pekerjanya menunaikan fardu Jumaat dengan sempurna sesuai dengan usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara.
Negara asal : Malaysia
Negeri : terengganu
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Terangganu
Tarikh Diisu : 2000

sumber: http://infad.usim.edu.my/
Al-Qur‘an menjelaskan mengenai kewajipan sembahyang Jum‘at, Allah Subhanhu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jum‘at, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyangJum‘at) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.

(Surah Al-Jum‘at: 9)
diambil dari: http://www.brunet.bn/gov/
selamat bersolat jumaat kepada kaum lelaki.....;-)
ReplyDelete