Pages

Thursday, June 30, 2011

buka aib orang? kelak aib sendiri terdedah jua

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kengkawan seantero malaysia! yang kat luar malaysia pun ape khabar? dah makan? aku masih belom makan lagi. sarapan pun belom. pagi tadi bukak mata,lepas solat subuh terus bawak fixie oren ku menjelajah kampung. masuk opis,dah start sibuk. huhu. kejap lagi la aku makan yer.
tengah aku dok angkat sawit hari tu,tetibe terlintas kat fikiran aku. makin hampir je nak pilihan raya,makin banyak bende kurang enak untuk didengar. maaflah,blog aku ni bukan blog kisah politik dan aku pun bukan paham sangat bab politik. aku pun tak berapa minat pasal politik. pasal undi? biarlah rahsia. aku nak tengok siapa yang akan pimpin kawasan aku,macamane orangnya. adakah beliau cume seorang yang dekat di hati rakyat ataupun cuma nampak kelibat bila pillihanraya saje.

aku tak mau cakap panjang lebar. aku cuma terfikir. perlukah kita membuka aib seseorang? tak kira lah siapa kita. dari pemimpin hingga ke rakyat jelata termasuklah aku. aku pun akui kekadang aku ni pun terlepas cakap jugak kan? biasalah,manusia,tak lepas dari kesilapan. seboleh-bolehnya elakkan lah dari mengata mahupun membuka aib orang. ape guna kita buka aib orang kalau diri sendiri pun belum cukup sempurna. apa perasaan kita kalau orang bukak aib kita?

penutup: ingatan ini adalah untuk diri aku sendiri sebab aku tak suka orang mengata mahupun mengutuk aku dari belakang. maka aku pun tak maulah membuka aib mahupun mengutuk orang...adil la...kan? 

hanya tuhan sahaja yang tahu segalanya......

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi). sumber


1 comment:

  1. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    happy 2nd anniversery

    yupppp jang buka aib orang sebab orang pun nampak aib kita ... manusia tak sempurna beb

    ReplyDelete