Pages

Saturday, June 11, 2011

nuffnang: fakta menarik buffered earning

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh kepada pembaca blog budakkampung.

ramai yang bertanya mengenai nuffnang dan ape tu buffered earning. ramai orang yang berkejar mendapatkan buffered earning sebab kalau nak mengharapkan orang klik iklan kite,agak susah lah. sebab tu kalau korang tengok macam2 tajuk kat atas tu,"klik sini kalau saya cute","klik sini kalau korang baik","klik sini kalau nak kiss dari saya" dan macam2 lagi ayat untuk menarik orang klik iklan kita.

tapi, untuk mendapatkan buffered earning(BE) ni pun bukan senang. lain la kalau mereka tu otai,memang senang2 la dapat BE ni. aku pun bulan mei lepas baru dapat 6 BE. alhamdulillah,rezeki. jadilah kan,dari tak dapat pape. berblog pon niat suke2 isi mase lapang,cari kawan. tapi bulan ni aku tak dapat buffered earning lagi,entah mengapa.

aku dok godeh sane sini akhirnya aku jumpa entry yang sesuai untuk mereka yang ingin tahu mengenai buffered earning dari nuffnang ni. beliau merupakan salah seorang blogger otai dan aku bersyukur ade blogger macam ni yang sudi berkongsi ilmu dengan blogger lain. dengan adanya BE ni,maka blogger lebih bersemangat untuk menulis,kan. OK,jom kita tengok ape yang dikongsikan.

 bukan niat nak menunjuk,ramai lagi blogger yang dapat lagi gempak dari ni
yang penting,syukur dengan rezeki yang diberiNYA

1. Apakah itu buffered earning?
Dikenali sebagai kempen mCPM(metered cost per impression), dimana pembayaran di kreditkan berdasarkan jumlah pelawat ke blog anda.
kata aku: ohhhhhh faham2. baru la aku tau huhuhu

2. Adakah buffered earning lumayan?
Satu buffered earning boleh mencecah rm200++ untuk satu kempen.semua itu bergantung kepada advertiser untuk membeli jumlah pelawat ke blog anda.

kata aku: fughhhhh RM200 satu buffered earning???perghhh aku paling tinggi pon dapat RM50 untuk satu buffered earning.agak2 bile la nak dapat rezeki macam tu huhuhu

3. Berapakah jumlah advertiser membeli pelawat anda?
Bagi blog yang masih baru, kebiasaanya advertiser membeli 100-300 pelawat sehari (berdasarkan purata pelawat blog anda seminggu).

4. Tempoh kempen buffered di blog anda?
Sesetengah kempen buffered boleh mengambil masa lebih dari sebulan untuk berlegar kat blog anda. Tempoh masa yang singkat adalah seminggu.

kata aku: patotla buffered earning aku dah jadi metered earning tak sampai 3 minggu.

5. Kenapa kempen buffered tidak menari-nari (tidur)?
Ia menandakan iklan tersebut telah mencapai jumlah pelawat yang dikehendaki untuk sehari (contohnya,apabila advertiser membeli 100 pelawat sehari , maka hanya 100 pelawat yang pertama sahaja boleh melihat iklan anda)


kata aku: ohhhhhh macam tu....faham2...patotlah kekadang ade kekadang tak

6. Apakah itu metered earning?
Merupakan kempen buffered earning(mCPM) yang telah tamat tempoh dan pendapatan buffered anda akan dikreditkan sebagai current earning.

kata aku: okk,noted and TQ

7. Bagaimana blog terpilih untuk kempen mCPM?
Blog tersebut terpilih berdasarkan kesesuaian blog tersebut terhadap sesuatu iklan.kalau blog anda menceritakan tentang pelancongan ,anda akan mendapat iklan daripada syarikat pelancong seperti airasia, MAS dan lain-lain.kriteria lain seperti kedudukan ads dan sentiasa update survey adalah penting.

kata aku: haaaa korang ingat tak aku pernah tekankan pasal update survey tu kat sini?

8. Adakah semua blog terpilih untuk kempen buffered?
Tidak semua blog terpilih kempen mCPM. Blog tersebut mestilah mempunyai kandungan yang asli dan bukannya daripada sumber parti ketiga(sumber lain). Blog lagu,movie dan artis adalah antara blog yang susah untuk dapat buffered earning walaupun blog jenis ni mendapat beribu-ribu pelawat setiap hari.

kata aku: wahhhh tips yang berguna ni. maknenye isi kandungan blog kena asli la ye...urmmm...lepas ni kena lebih kreatif la mencari idea ape yang nak ditulis dalam blog ni...kan...

AMARAN: Jangan sesekali menukar template ketika buffered earning sedang berlegar kat blog anda .Ia boleh menyebabkan kempen buffered tamat (rugi kan).

kata aku: aku memang takde nak tukar template,biarlah blog aku burok macam ni. huhuhu
sumber: melvister.com

penutup: aku pelik,belog aku yang simple gila,takde la menarik mane,isi pun ntah pape,masih ramai yang sudi baca, aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang singgah blog ni. terime kaseh sangat. 

5 comments:

  1. nombor 2 tu dah pernah dapat dan masih lagi iklan BE...

    pasal template tu, rasanya kurang tepat sbb pengalaman lulu, selalu tukar template, takde effect.. BE still nari-nari...joget-joget..betul..

    ReplyDelete
  2. haaa.blurr lg BE ni..tp aritu dah dapat satu.syukur laa

    ReplyDelete