Pages

Sunday, June 19, 2011

selamat hari ayah

asalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari pembaca blog budak kampung. dah makan? untuk pengetahuan korang,kalau nak bace blog budak kampung,kena makan dulu tau hehe. aku makan lewat sikit hari ni. tunggu mak aku bawakkan bekal ke tempat kerja aku. terima kaseh  mak.

bapak,ayah,daddy,dan macam-macam lagi panggilan. kalau aku,aku panggil ayah. ada orang cakap ibu lebih penting berbanding bapa. ada pula yang cakap sebaliknya. pada aku,kedua-duanya penting. mereka yang melahirkan dan membesarkan kita. 

 ayah ku yang...garang hehehe..love you dad

dulu, ayah aku kerja bawak lori. jual hasil tanaman pisang,rambutan dan lain lain lagi. bertemunya mak ayah aku di kilang kicap tempat mak aku kerja. setahun berkahwin, lahirlah aku. aku lahir dalam sebuah keluarga yang amat susah. rumah aku pun nak roboh masa tu. senget sebelah.  aku pula kuat menyusu. mak ayah aku sampai tak makan sebab nak belikan susu aku. aku pernah terlantar kat wad. walaupun ayah dan mak susah,mereka tetap menghantarku ke hospital menaiki lori buruk. 

ayah aku suka belikan buku-buku untuk aku baca. kecik-kecik lagi ayah aku dah belikan buku cerita satu kotak. macam2 dari komik ke buku cerita rakyat. ayah aku nak aku berdikari. masa sekolah tadika,tatkala rakan-rakan lain dihantar mak ayah,hanya aku seorang menaiki basikal siap pakai helmet. basikal aku pun kerap rosak dan aku dengan rela hati berjalan keseorangan berjalan kaki ke sekolah. ada yang nak tumpangkan tapi aku tak mahu. kalau nak cerita pasal kenakalan,memang la nakal. bontot ku ni dah bape kali dihinggap batang pokok bunga kertas yang banyak duri tu. patotla bontot ku agak besar sikit berbanding kawan2.

terima kasih mak ayah kerana membesarkan aku sehingga aku berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke tahap ijazah di UiTM. tapi agak sayang kerana bulan april 2010,aku nekad berhenti kerana ingin membantu ayah di kampung. lagi beberapa semester sahaja lagi untuk aku habiskan pengajianku. sekarang aku cuma ada sijil SPM. tapi tak mengapa,pengorbanan aku ni dikira kecil berbanding pengorbanan mak bapak ku. biarlah adik2 aku yang meneruskan pengajian. 

kepada kawan-kawan yang masih ada mak ayah,hargailah mereka tatkala mereka masih hidup. janganlah derhaka dengan mereka. tanpa mereka,siapalah kita. 

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
 
 
pada mereka yang telah kehilangan ibu bapa. berdoalah untuk mereka. semoge mereka di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

3 comments:

  1. yeee anak abah.....
    y ialah anak abah....
    bak kate wak lasing..
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. seronok baca cerita pasal abah org.selamat hari bapa

    ReplyDelete
  3. selamat ari bapa..bapa kan paling hero dalam mana2 hero kat dunia neh..:)

    jasa bapa kita sungguh besar dan tak ternilai..:)

    ReplyDelete