Pages

Wednesday, June 22, 2011

Yamaha XJ6 600cc RM39,000.00

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi semua. aku rasa ramai antara kita yang masih belom mempunyai impian memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi. tak salah untuk aku katakan lepas ni korang boleh mengimpikan untuk memiliki motor yamaha XJ6 600cc berharga RM39,000.00 . aku rasa motor ni akan menjadi pencabar hebat kepada motor kawasaki er6n yang telah lama berada di pasaran. aku rasa rakyat Malaysia yang minat dengan jentera berkuasa tinggi mampu untuk memiliki motosikal ini kerana harganya pada pendapat aku berpatutan (padahal aku pun tak mampu beli motor yang berharga sebiji kereta ni). apa-apa pun,sebelum beli,ukur baju kat badan dulu yer.
menawan kan?aku pun tergoda ni. huhu. sumber gambar


penutup: harap-harap ade lah member aku yang beli. aku nak pinjam. lesen b full aku ada,tapi naik honda petak je huhuhu

di bawah ini adalah petikan berita dari kosmo online

HONG Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha) melancarkan motosikal terbarunya iaitu XJ6 Diversion di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Jentera dalam segmen middle sports itu merupakan produk yang dipasang tempatan di kilang Yamaha di Sungai Buloh, Selangor.

Aktiviti pemasangan tempatan itu menjadikan Malaysia sebagai negara kedua selepas Brazil untuk menjalankan aktiviti pengeluaran model XJ6 di luar Jepun. Tujuannya adalah untuk membuatkan jentera bersesaran 600cc itu lebih mampu dimiliki.

Yamaha XJ6 Diversion dilengkapi enjin empat silinder sebaris dengan sistem penyejukkan cecair dan pancitan terus bahan api yang sama seperti model YZF-R6. Ia berupaya menjana kuasa maksimum 57Kw@10,000rpm dan tork sehingga 59.7Nm@8,500rpm. 

Pengarah Urusan Hong Leng Yamaha, C.H. Ng berkata, model berkapasiti 600cc pertama keluaran Hong Leong Yamaha itu akan menawarkan pengalaman tunggangan mengujakan yang sesuai untuk gaya hidup berbeza, sama ada bagi kegunaan dalam bandar atau pengembaraan santai.

“Unjuran jualan XJ6 Diversion adalah sebanyak 600 unit setahun. Kami juga mahu mencapai penguasaan pasaran lebih besar daripada jumlah keseluruhan industri motosikal bersesaran 250cc ke atas,” katanya pada majlis pelancaran model tersebut.

Hadir sama ialah Pengurus Projek XJ6 Diversion Yamaha Motor Co. Ltd., Shin Yokomizo dan Pengurus Kanan Pemasaran Hong Leong Yamaha, G.S. Tan. 

Yokomizo merupakan individu penting di sebalik pembangunan model R1 dan R6. Berhubung model terbaru itu, beliau memberitahu, konsep XJ6 Diversion adalah casual sports iaitu mudah dikendalikan, badan jentera lebih kompak dan sesuai untuk semua orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hong Leong Yamaha dilihat komited dalam mengetengahkan rangkaian model motosikal dengan ciri inovatif dan berdaya saing. Lihat sahaja model-model street bike seperti FZ150i, 135LC enjin Diasil, Nouvo LC dan Ego LC yang dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair. 

Yamaha XJ6 Diversion ditawarkan pada harga RM39,000 seunit yang tidak meliputi cukai jalan, insurans dan nombor plat. Ia didatangkan dengan pilihan warna metalik biru atau hitam. Jentera itu boleh diperoleh menerusi 100 pengedar sah Hong Leong Yamaha di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment