Pages

Friday, July 15, 2011

ingat zakar tu mainan ke? suka-suka je potong

salam,dah sarapan? aku agak ngeri bila mengenangkan nasib lelaki yang dipotong zakarnya ni. apelah nasib. kalau ade salah paham,ape kata berbincang dulu. kan lebih elok. dulu main simbah-simbah asid. ni main potong-potong pulak. ingat mainan ke ape. itu la aset lelaki yang berharga tau. tanpe aset tu,macamane perempuan nak dapat anak? macamane keluarga nak bahagia. macamane lelaki nak kencing kalau takde zakar? 



kalau ade perselisihan faham. bawalah berbincang. si suami perlulah menjaga isteri. memimpin isteri agar menjadi isteri yang solehah. jikalau ada salah faham,selesaikan dengan segera. jangan sampai si isteri memendam rasa sampai bertindak di luar dugaan. kita nak kahwin bukan semata-mata kerana nafsu seks. kita nak membina keluarga bahagia,berlandaskan agama. kalau nak lebih faham. pergi lah cari buku-buku agama. dan cari hadith-hadith sahih mengenai rumahtangga. 

sama-samalah kita berdoa semoga kita dikurniakan pasangan yang soleh/solehah. kepada rakan-rakan yang dah berkahwin,semoga berbahagia ke akhir hayat. dan kepada kawan-kawan ku yang bakal menimang cahaya mata, namakanlah dengan nama Irwan. hehe. sekian. 

sumber berita: mymetro

Wanita potong zakar suami telah didakwa 

LOS ANGELES: Seorang wanita berusia 48 tahun yang memotong zakar suaminya telah ditahan dan didakwa, semalam.

Catherine Kieu Becker, 48 dituduh meletakkan dadah ke dalam makanan sebelum mengikat kaki dan memotong kemaluan suaminya di rumah mereka di Garden Grove Isnin lepas.
Dia telah didakwa kerana menyiksa, menyebabkan kecederaan pada tubuh badan dan menyebabkan kehilangan anggota badan dan organ.

Lelaki berusia 51 tahun itu dalam keadaan serius.

Menurut jurucakap Pendakwa Raya Orange County, sekiranya disabit kesalahan, dia boleh dipenjara seumur hidup - AFP 

aku tanya: perempuan potong zakar lelaki,lelaki nak potong ape? haih...macam-macam

3 comments:

  1. takutnya.... tak sampai hati nak buat

    ReplyDelete
  2. terkejut..ingatkan td kat m/sia..tp kat luar negara eh..
    huhuhu

    bini dia bengang sangat dgn laki nyer kot haha ;p

    ReplyDelete
  3. abang wan! ni kes serius. kesian. tapi pmpuan bila dah emosi memang jadi macam2 la. hehe

    ReplyDelete