Pages

Monday, July 25, 2011

kisah aku, panggung wayang dan air jarang

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kawan-kawan semoge sehat sejahtera hendaknya di samping keluarge tercinta (ayat yang aku biasa guna masa buat karangan tak rasmi masa sekolah rendah dulu). dah sarapan? sarapan apa pagi ni? durian? hehe. mungkin korang perasan aku dah teramat jarang mengupdate blog. aku memang macam ni. bila ada masalah kat pale otak ni,tangan pon mula berat untok menulis. aku pun dah lame tak hang out pergi bowling mahupon wayang.

 air jarang memang sedap diminum bila cuaca panas

bila cakap pasal panggung wayang ni,aku teringat kisah aku di panggung wayang beberapa bulan yang lepas. cerita apa,aku lupa. selepas membeli tiket (aku mintak tawar tak dapat,cis), aku pun melangkahkan kaki ke kaunter makanan (dah macam kantin sekolah pulak). aku berkata kat cashier,"kak,nak pop corn kecik 1 dengan air jarang 1" cashier tu buat muke seposen sambil berkata,"hah?". lalu aku ulangi ayat aku, " pop corn kecik 1 dengan air jarang 1". cashier tu menggaru kepala dan orang kat sebelah dan belakang aku gelak-gelak. aku pelik jugak,kenape ni. ya tuhan!! baru aku ingat. aku sebut air jarang,bukan air mineral/air kosong. adesss. segan aku masa tu. patot abang tu wat muke pelik. adess.

nasib baik la akak tu tak fikir lain,baju jarang ka,kain jarang ka. haishh. tapi banyak aku nampak ramai yang suka pakai jarang-jarang. agaknya nak tunjuk body gebu putih diorang kot.

penutup: kita pun kena paham orang lain jugak,jangan mintak orang lain je nak paham kita. ade paham?

2 comments:

  1. aku pun blurr jugak ko sebut air jarang.. loghat negeri mana tu ye?
    >.<

    ReplyDelete
  2. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip bersihkan lining roof kereta

    aku mmg sebut air jarang... air kosong sesekali ajerr sebut

    ReplyDelete