Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini  melancarkan generasi terbaru Saga, dikenali dengan nama Saga FLX bagi  meneruskan kejayaan model terdahulu Saga FL  yang dilancarkan pada penghujung tahun lepas. Selepas tiga tahun  pengenalan Saga generasi terbaru, penampilan Saga FLX kali ini lebih  menarik apabila tampil dengan sentuhan terbaru teknologi  terkini transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar serta memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.
Didatangkan  dalam dua varian Standard dan Executive, Proton Saga FLX dilengkapi  enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang  menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum.  Berbanding Saga FL, kuasa kuda enjin kini terhasil pada angka putaran  rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. Tahap penggunaan  petrol Saga FLX bagi setiap 100 km juga menjadi lebih cekap apabila  dicatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga  FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik  6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT  sebelum ini.
Menurut hasil ujian  yang dijalankan oleh Proton, tahap penjimatan petrol boleh mencapai  sehingga 4 peratus untuk perjalanan di dalam bandar dan hampir 10  peratus untuk pemanduan di lebuh raya. Selain pengenalan sistem CVT,  Saga FLX Executive juga tampil dengan ciri keselamatan lebih baik  seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB),  selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang  depan. Namun untuk varian asas Saga FLX Standard, model itu tidak  dilengkapi ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.
Kelengkapan  dan ciri-ciri standard lain tidak jauh berbeza antara Saga FLX dan  generasi FL terdahulu, namun FLX didatangkan dengan warna baru Elegant  Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain turut ditawarkan  seperti Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock.  Harga untuk Saga FLX masih lagi kekal rendah dan kompetetif walaupun  ditawarkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga antara RM600.00 dan  RM1700.00, bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Varian manual Standard berharga RM38,598.00, manakala varian manual Executive berharga RM42,398.00.
sumber: arenakereta.com 


wah kalau la harga selonggok 2 inggit sy beli..ahahha
ReplyDelete