Pages

Wednesday, August 10, 2011

|kadar zakat fitrah 2011| beli barang mahal boleh tapi zakat tak mahu

Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. well hello there!!! i'm irwan miswan,well today i'll talk about.....(woi2...awat semacam jer ayat ko ni. nak tiru anwar hadi punya video ka?).hehehe mintak maap la yer,ter overracting pulak. niat nak buat vlog tapi memandangkan rupaku ibarat kawah di bulan maka aku lupakan hasrat tu. aku ni mana la kaya macam orang-orang yang dok pergi spa hari-hari nak mencantikkan kulit hehe.

aku faham kita ni manusia dan kita mempunyai macam-macam kehendak dan keinginan dan semuanya berbeza-beza. demi mencapai keinginan kita ini, kita sanggup mengeluarkan wang yang banyak. OK. itu terpulang kepada setiap individu yang mampu. seperti yang kita maklum,kita berada di bulan Ramadhan dan biasalah, dalam bulan ramadhan inilah kita dikehendaki membayar zakat. kalau hari lain,kita punya lah liat nak menyumbangkan harta kepada mereka yang memerlukan, tidak pada bulan ini. jangan nak bagi alasan yang bukan-bukan semata-mata nak elak dari membayar zakat. zakat itu wajib bagi umat Islam kerana ia terkandung dalam rukun Islam.

kenapa perlu kedekut dalam menyucikan harta? duit tu semua datang dari mana? duit dan harta yang kita dapat tu adalah rezeki dari tuhan yang perlu kita kongsi dengan mereka yang hidup dalam kesusahan.

PENGERTIAN KEPENTINGAN ZAKAT (sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/kepentingan-zakat)
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-
  1. mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
  2. membersihkan diri membayar zakat.
  3. membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  4. mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada
  5. mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik
berikut adalah SYARAT WAJIB ZAKAT yang aku ambil dari http://www.zakat.com.my/

ISLAM
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

MERDEKA
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

MILIK SEMPURNA
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

CUKUP NISAB
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

CUKUP HAUL
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

NIAT UNTUK BERNIAGA
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.


WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH (sumber: http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/zakat_fitrah.html)

Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya .

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .
 

No comments:

Post a Comment