Pages

Wednesday, August 24, 2011

Proton Exora 1.6 Turbo dengan transmisi CVT

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
musim-musim perayaan ni kompem korang akan nampak nombor-nombor plat kenderaan baru kan? biaselah..setahun sekali hehe. korang masih mencari- cari kereta yang sesuai dengan korang? yang sesuai dengan ketebalan poket? korang dah berkahwin dan ada anak tapi inginkan kepuasan/kelajuan dalam pemanduan? hehehe. wah2, dah macam iklan ape pulak aku ni kan? bukan ape, entry kali ni nak bercerita mengenai kerta yang bakal berada di pasaran tak lama lagi, Proton Exora turbo. aku dah pernah bawak proton exora dan pada aku kereta tu selesa dan luas. berbaloi la kira nya. so, pada korang, korang nak tunggu keluaran exora turbo ni ke? hehehe.

Berita tentang Proton Exora dengan enjin turbo bukan lagi perkara luar biasa, apatah lagi Proton telah mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut seawal tahun 2009 lagi. Pada awal 2010, Proton mengesahkan bahawa proses pembangunan enjin turbo untuk MPV terlaris mereka, Exora telah pun selesai. Exora turbo akan dilancarkan pada 2011 hanya selepas Proton Waja baru dilancarkan secara rasmi dan pengenalan Proton Persona berwajah baru pada akhir tahun 2010. Rancangan tersebut rasanya masih mengikut jadual seperti yang dirancangkan.



Jadi sekarang adalah waktu yang sesuai untuk Proton menguji Proton Exora turbo di atas jalan raya memandangkan mereka masih ada baki beberapa bulan lagi sebelum tarikh pelancarannya tiba. Akhirnya foto spyshot model tersebut yang sedang diuji di atas jalan raya telah dikemukakan di dalam blog automotif. Ucapan terima kasih dan credit patut diberikan kepada bro Campromania dari Funtasticko Design kerana memaparkan foto-foto Exora turbo di dalam blognya.
 
Apa yang menariknya, Proton Exora yang sedang diuji itu (yang dijangkakan sebagai Exora turbo) hadir dengan transmisi automatik CVT (Continuously Variable Transmission). Ini menguatkan lagi jangkaan bahawa Exora yang diuji itu mempunyai enjin turbo di dalamnya kerana kegunaan transmisi CTV ialah untuk mendapatkan prestasi enjin yang lebih baik di samping penjimatan petrol ke tahap maksimum dan pengalaman pemanduan yang lebih selesa berbanding transmisi automatik biasa. Jika sekadar enjin biasa, tidak perlu rasanya Exora memiliki transmisi CVT kerana boleh menyebabkan kos jualan meningkat.


sumber:  arenakereta.com

No comments:

Post a Comment