trailer filem libas
sinopsis filem libas
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan  sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas   Malaysia.  Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya  dari pasukan Siam   (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong  Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan   libasan kuat AK  Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand  untuk kali   kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat  turut menyalahkan Adnan Saladin kerana   kekalahan itu sehingga  Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya,  Ratna. 
Raja Libas resah apabila diketahui Mr.  Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk    mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa  mistikal. Tawaran lumayan diberikan   kepada pasukan Thailand demi  mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja  Libas   berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi  mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja   Libas dapat menemui  pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat  (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk  menentang Thailand nanti... Diperlawanan   akhir, pasukan Malaysia teruk  dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan    maruah negara. Nantikan kesudahannya...

No comments:
Post a Comment