Pages

Wednesday, September 28, 2011

tak tenang MALAM PERTAMA kerana......

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
ape kabor kengkawan pagi ni? sehat? dah mandi wajib?
ikuti kisah di bawah,

"wahhhh Muaz, tak lama lagi nak kahwin kau ye? untung bini kau dapat laki muka iras Upin Ipin ni hehe"

"cisss bengong ko Amin, ko pun ape kurangnye, tak lame lagi nak kahwin kan? untung bini kau dapat laki iras Aaron Aziz hehehe"

"tapi aku ada masalah la Muaz, pening kepale aku ni"

"ko dah kenapa? nak kahwin pon susah?"

"gile tak susah, bakal mak mertua aku mintak hantaran tinggi sangat, sepuloh ribu, dia kata anak dia tu ada ijazah, tu yang mahal. aku tak kisah la, tapi tinggi sangat kot. dia pun kata nak buat besar-besaran macam artis."

"biasa lah min, orang kita kan...kau pun paham, kalau letak harga rendah, orang lain mengata, aku pun pening dah ni, aku hampir pinjam ceti sebab nak kahwin, nasib baik aku waras lagi min"

pernah korang berhadapan dengan situasi yang macam ni?
pada yang terlebih mampu mungkin takde masalah. OK, terpulang, entry ni aku tujukan kepada mereka yang inginkan perkahwinan besar-bsaran walaupun poket tak setebal mane.
bagi orang yang macam aku, yang kerja kampung, angkat sawit, bawak lori, bawak gerabak, dan yang seangkatan dengan kami, gaji tidak berpuluh beratus ribu, kami inginkan majlis yang sederhana dan tidak memeningkan kepala. nak belayar di malam pertama pun tenang jer....

kalau betul lah perkahwinan yang meriah tu menjamin kebahagiaan? kenapa kita lihat artis yang berkahwin dengan meriah tetap bercerai?OK, mesti korang akan cakap itu rezeki diorang, OK, terpulang, pada aku itu dah satu pembaziran kan?

orang buang anak, buang bayi, kita marah mereka, kita salahkan mereka 100%. OK, memang mereka salah, membunuh insan yang tak berdosa selepas beromen memuaskan nafsu masing-masing. tidak kira di atas katil usang mahupon hotel 7 bintang. bila difikirkan balik, mungkin ada sesetengah mereka berbuat begitu kerana halangan dari ahli keluarga, mungkin juga halangan itu adalah kerana wang hantaran yang tinggi dan macam2 lagi syarat.

aku terbaca ini di facebook

Nilai ''HANTARAN KAHWIN'' Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

aku bukan pakar bab kahwin ni, tapi, pada pandangan aku, apa yang penting adalah keadaan ataupon situasi selepas kita kahwin nanti. tak paham? okey, macam ni, lepas kahwin, mesti si lelaki kena tanggung yang perempuan kan? kalau semasa kahwin dah belanja besar-besaran, lepas tu hantaran beribu-ribu, macamane keadaan kita selepas kahwin nanti?
jangan sebab nak berkahwin, kita berhutang sana sini, sampai kita dah anak 10 pun kita tak habis bayar hutang lagi. ha, macamane tu? adekah pak mertua dan mak mertua akan bantu kita tatkala dikejar ceti? sanggup ke mak ayah melihat anaknya susah selepas kahwin?
kami lelaki, bila dah sayang, kami tidak kesah berapa mas kahwin, tapi harap, berpatut-patutlah...
nanti korang tengah berak, korang fikirlah, korang nak KAYA semasa kahwin atau KAYA selepas kahwin...  

“Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’). terime kaseh Encik Aizudin 

3 comments:

  1. x elok mahal2 wang hantaran ni.dah macam jualanak plak.seeloknya bersederhana


    p/s blog saya biasa2 je =).

    ReplyDelete