Pages

Wednesday, October 12, 2011

bukan tutorial blog - malas nak ping entry?

assalamualaikum wa rohmatulloh..
selamat tengahari kepada pembaca setia blog aku (eh? perasan siot ko ni, macam la ada pembaca setia). heheh peduli ape aku, walupun sehari cuma seorang dua yang membaca blog aku ni pun aku dah cukup bersyukur tahu. huhu. ade beberapa blogger yang tanya macamane aku boleh kekalkan purata sehari 200 lebih UV walaupun aku jarang sangat-sangat menge'ping' entry aku.

mesti ada antara blogger yang cakap, "eleh UV 200 sehari pun nak kecoh"

OK, fine! aku merajuk 3 saat.......OK cukup keh3.

kan aku dah cakap, kalau blog hodoh aku ni dikunjungi 2 3 orang sehari pun aku dah syukur tahu! 

kesan seminggu tidak menge'ping' blog

aku akui, aku memang la teramat jarang menge'ping' entry. nak tahu kenapa? sebab, MALAS. hahaha. aku akui, aku memang malas nak menge'ping'. naseblah, kadang-kadang seminggu sekali baru ping blog aku ni. dan rahsia UV aku boleh maintain sehari 200 lebih adalah.............

ENTAH!! aku mane la tahu, korang tengok la blog aku ni, entry mengarut-ngarut. kadang2 takde idea, aku cuma letak gambar je. korang yang datang blog aku kan, cuba korang tanya diri korang sendiri kenapa korang datang ke blog aku huhuhu...

takpelah, aku bagi la tips sikit ae, walaupun aku ni takde pandai mane bab mempopularkan blog ni, 

kalau korang rajin, korang ping lah blog korang kat facebook. nak link nye? alamak, malas la nak letak, senang macam ni, dekat bahagian 'search' kat facebook tu, korang cuba taip perkataan "blog" ke..."blogger" ke, kompom akan ada kuar link page tersebut.

yang kedua, korang pegila kat pingbusuk , situ pun ok gak kalau nak promote blog korang.

takpun kalau ada duit lebih sikit, korang beriklanla kat blog ceritamamat ke, blog lulu caldina ke, kat mana2 je blog yang mnawarkan ruang iklan untok disewa,

yang lain-lain, aku tak tahu. korang carilah sendiri cara-cara nak mempopularkan blog korang. blog aku ni blog biasa, tak layak nak bagi tips pasal dunia blog ni huhu.

apa yang aku ingat, kata-kata seorang blogger otai dalam blog nya (dia tulis dalam blog ke, dia berkata dalam blog??errr....)..."kalau kita malas nak ping entry kita, pastikan setiap entry kita mantap, baru ramai yang datang blog kita"...aku akan ingat, tapi setakat aku ingat aje buat ape kan? entry aku pun belom mantap.

sebagai penutup, aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi idea, memberikan bahan-bahan, untuk aku letak dalam blog ni. terima kasih juga diucapkan kepada pengunjung blog aku, kalau ada salah silap mohon maaf (walaupon raya dah habis). sekian bebelan ku hari ini......

2 comments: