Pages

Tuesday, October 4, 2011

dia dan CD cerita hantu itu

malam itu, Mokmeng keseorangan, ibu bapanya tiada, mungkin dating. itu yang Mok kagum, walaupun sudah berusia, perhubungan ibu bapa dia tetap maintain romantis. bukan macam budak-budak muda sekarang, dalam facebook, hari ni ber"muah-muah", esok lusa dah ber"sial, babi, bangang, celaka" dan yang seumpama dengannya.
Mok mengambil kesempatan ini untuk masuk ke bilik ibu bapanya. dia menggeledah koleksi CD bapanya. akhirnya dia terjumpa apa yang dicari. CD cerita hantu. dia tak pernah tengok cerita hantu sebab tu dia nak tengok kali ini. dia rembat CD tu dan masuk ke bilik. bilik Mokmeng memang dah di stenby dengan TV 50 plasma 50 inci dan speaker keliling depan belakang. ya, memang dia suka begitu. biar macam panggung wayang.

dia masukkan CD dan menekan butang "play". pada awal cerita, kelihatan seorang perempuan bertubuh gebu dan seksi membunuh diri kerana kekasihnya main kayu tiga empat lima dibelakangnya. lelaki itu sentiasa dihantui bayang-bayang bekas kekasihnya yang membunuh diri itu. sekejap hantu kekasihnya datang hanya dengan berkemban, berbikini dan ada juga yang ber.......kain kapan.

Mokmeng tetibe pelik dan hairan, kenapa dia langsung tidak seram dengan cerita tu. dalam hatinya,"macam %$^$%^&&^*^*(*, tak seram langsung!". dengan muka marah, dia melulu ke dalam bilik air. setelah menutup pintu. dia melepaskan hajat...........lega. 
Mokmeng tiba-tiba merasa letih, dia baring ingin tidur. dalam hatinya bertanya,"kenapa orang suka tengok cerita hantu? yang buat cerita hantu tu pernah nampak hantu ke? kenapa orang melayu selalu nampak hantu? kenapa orang melayu selalu kena santau? kenapa tak pernah dengar kaum lain kena histeria? santau? tuju-tuju? ahhhhhhhh penat fikir, tidur lagi best"

tetibe dia teringat keratan akhbar semalam,
“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.
“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir sumber

sedang Mokmeng lena dibuai mimpi, dia tidak sedar...sepasang mata sedang memerhatikan dia......

No comments:

Post a Comment