aku bukan pakar bab agama, tapi aku agak musykil dengan mereka yang menyebarkan kisah-kisah menganai hari kiamat, kelebihan bulan rejab dan yang sewaktu dengannya yang belum tentu kesahihan hadith tersebut. jadi kali ini, aku mintak rakan-rakan baca kisah di bawah dan tolong pastikan sama ada kisah di bawah ini benar ataupon tidak.
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20  Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga  pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara  besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu  hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan  semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita  dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan  melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang  tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu  planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua  ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada  2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan  ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah,  jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa  itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim  bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara  di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau  menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam  Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur,  menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari  pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika  kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian  ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah  lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.  Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian  kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus,  Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan  selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".  (Al Hadis)
seorang rakan aku Din berkata,"kalo ko tnye aku,aku cakap  hadith ni palsu..1st,sebab nabi tak pernah specific kan tarikh atau tahun  tentang pape peristiwa..2nd,sebab ada ulamak hadith sebut hadith ni  palsu"
terime kasih Din dan Wak
apa yang penting kita sentiasalah berusaha memperbaiki diri.. aku pun, sentiasa lupa akan nikmat tuhan, alpa dengan perintah NYA...tuhan maha berkuasa, Dia lebih mengetahui

kalau tak silap, 'hadis' tu mmg hadis maudhu' (palsu). jgn beriktikad kiamat 2012. kuasa Allah takde sape yg boleh halang :)
ReplyDeletelagi satu, hadis ini TIDAK PERNAH langsung tercatat dalam 7 Kitab Hadith Sahih.
ReplyDelete-penyampaian yang mengandungi mesej baik, tetapi dikaitkan dengan kata-kata nabi (hadis), sedangkan para Ulama' Hadith tiada yang mensahihkannya. Selidikilah dahulu hadith-hadith yang ditemui. Hadith sahih ada periwayatnya, ada sanadnya, dan ada matannya. Sama-samalah kita menambah ilmu dalam salah satu panduan yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w.