Pages

Thursday, October 13, 2011

Proton Saga 1992 talaan R3 yang COOL!!!


assalamualaikum wa rohmatulloh...
bila ternampak jer kereta kebanggaan Malaysia, Proton Saga ini, aku akan teringat kata-kata kawan aku yang juga seorang cikgu, Khakim Fanani, "dulu bapak aku naik Proton Saga lama eksiden (kemalangan). kereta kereta keluaran negara luar (yang popular pada masa sekarang langgar dari belakang), tapi kereta bapak aku tu cuma modal ketuk bonet jer, yang sondol tu rosak teruk"

teringat juga aku kisah kawan aku yang kemalangan langgar babi. seorang namanya Ahlok, seorang lagi namanya Sadam. Ahlok naik kereta Proton Gen-2, dia nak kerumah aku, tetibe terlanggar babi yang dok selambe melintas jalan tak toleh kanan kiri, sampai terpelanting, mati babi tu. kereta Gen-2 tu, kena towing. Sadam pulak, nak ke pekan Parit Sulong, naik kereta Proton Saga lama. pun sama, terlanggar babi. yang pelik, cuma bumper depan je bengkok. modal ketok dan spray sendiri je. 

apa kesimpulan cerita di atas? Proton Saga lama amat GAGAH.hehe

di bawah ini ada kisah lagi menarik, mengenai kereta seorang peserta program my Proton Makeover. Proton Saga lamanya telah menjadi lebih gagah hasil tangan Proton R3. sumber: arenakereta.com

Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program “My Proton Makover” yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).


Melihat kepada gambar-gambar tersebut, bahagian interior paling menarik apabila dashboard lama Saga telah digantikan dengan dashboard baru dari model Saga LMST yang dikeluarkan pada tahun 2003-2008. Bahagian luaran juga menerima sentuhan lebih kemas, terutama sekali penggunaan sport rim R3 bersama sistem gantungan berprofail rendah menjadikan penampilan visualnya cukup sporty dan mantap.
 Walaupun program ‘overhaulin’ yang dilakukan R3 masih belum menyeluruh apabila tidak melibatkan pertukaran enjin baru, hasil yang dilakukan tetap memuaskan. Bayangkan kalau Saga 1992 milik juruteknik Fadly Hisham Roplay memiliki jantung baru berupa sebuah enjin CamPro CPS 1.6 yang ditala khas oleh R3, pastinya sangat hebat.

Kepada pemilik-pemilik kereta Proton yang berminat, masih ada lima lagi kereta yang akan ditala oleh R3 dalam program “My Proton Makeover”, apa yang perlu anda lakukannya hanya layari http://www.protonvip.com/ , ceritakan pengalaman ketika bersama kereta Proton kesayangan anda dan bagaimana ianya memberikan kesan besar dalam hidup anda.

Pihak Proton akan memilih cerita terbaik dan anda mungkin pemenang seterusnya. Tarikh tamat penyertaan pada 28 Disember 2011.

1 comment: