Pages

Friday, December 16, 2011

harga emas jatuh, jangan jual emas yang ada, tetapi beli!!!

SALAM...
minggu ni memang mengejutkan para pembeli emas yang terdahulu kerana minggu ini harga emas memang jatuh. mungkin antara korang yang bermain dengan emas. ada bermacam-macam perasaan yang timbul di hati bila harga emas jatuh, majoriti orang yang menyimpan emas akan berkata begini,

"alamak, macamane ni?? bulan lepas aku beli harge tinggi, ni dah jatuh pulak, kalau minggu depan jatuh lagi, rugi aku, nak jual la macam ni"


TUNGGU DULU!!!!!

jangan jual, ini nasehat aku yang maseh mentah dalam dunia emas ni. masa harga turun ni lah masa korang untuk membeli, bukan menjual balik emas yang korang beli dengan harge yang tinggi. aku bukan agen mahupon dealer mane2 syarikat emas. aku hanyalah orang biasa yang minat pada emas dan nak menyelamatkan simpanan aku daripada susut.

kenapa aku cakap jangan jual? ingat!! apa matlamat korang membeli emas? ingat!!

EMAS DISIMPAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG

baru kita boleh dapat keuntungan. emas bukan boleh dapat untung sebulan dua. paling kurang setahun ataupun dua tahun. dan harga emas berubah setiap bulan. emas takkan sentiasa naik. macam ni lah, aku ni budak baru belajar, so cuba kira, contoh,

bulan lepas korang beli rantai emas 916, 10 gram, RM1800,
sekarang korang beli rantai emas 916, 10 gram, RM1720,

(1800 + 1720) bahagi dua untuk dapatkan purata = RM1760

bermakna korang beli 10 gram rantai tu RM1760 setiap satu.

fikirlah sebelum membuat sesuatu. jangan sampai tertipu, korang boleh baca artikel di bawah ini, contoh macamane mereka yang berangan ingin kaya cepat dengan emas tapi terperangkap dengan penipuan. 

kisah benar: ditipu kerana EMAS. wajib baca

sebelum aku menamatkan entry ni, ingin aku berpesan kepada diri ini dan pada korang yang rajen bebenor datang blog aku. sebelum buat sesuatu, carilah ilmu dahulu. bila dah penuh ilmu, barulah mengorak langkah mengambil tindakan yang sewajarnya.

2 comments:

  1. bagus invest tuk emas ni..sebab die bukan asset mudah cair...kalau tanak dalam periuk seratus lapan belas malam pun tak cair...cume gas ja habes...:P
    P/s: kepada pemilik2 emas, jangan lupe bayo zakat bagi yang dah wajib~

    ReplyDelete