Pages

Tuesday, December 20, 2011

semakan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua..dah sarapan? belom? pergila sarapan dulu sane. aku memang tiap pagi minum air jarang dulu, lepas berak, baru sarapan. (cisss selekeh, berak pon nak cakap.hehe) bebudak yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mesti dok kecut perot kan minggu ni. mane taknye, bermula 22 Disember 2011 jam 10 pagi, mereka yang mengambil PMR akan mengetahui keputusan masing-masing. hehe. mesti dup dap dup dap kan? sekarang dah senang, semua guna SMS. nak semak keputusan PMR pon boleh gune SMS tau. kat bawah ni ada caranya.


adik aku Vee tu pun ambik PMR tahun ni. entah dapat berapa. aku harap dia dapat 9A. aku pun tak janji nak bagi apa kat dia. masa aku dapat 9A dulu, takde dapat hadiah pape pon, hehe. tapi bapak gua pelok gua mase tu. bila gua tak dapat straight A mase SPM, terus tak borak dengan aku hehe. tapi sekarang, aku takde ijazah, takde diploma, takde STPM. aku harap dapat buat ayah mak aku bangga aminnn. tu la tugas kita sebagai anak kan? buat mak bapak tersenyum.

pada mereka yang mendapat keputusan yang memberangsangkan, jangan terlalu gembira sampai lupa, perjalanan korang masih jauh. banyak lagi yang korang perlu tempuh. kepada yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, jangan sedih. serius, itu bukan bermakna korang tak berjaya. kadangkala kegagalan pada masa sekarang merupakan titik bermula korang mengorak langkah menuju kejayaan. ingat, berapa ramai usahawan berjaya yang dulunya dibuang sekolah?

PSSSTTT...pada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang, belanja la abang hehee.

No comments:

Post a Comment