Pages

Tuesday, December 13, 2011

Syarat dan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), RM500

SALAM...
alhamdulillah, bersyukur atas bantuan ini. diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. mungkin ada yang beranggapan RM500 ni sikit, tetapi pada mereka yang benar2 susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yang makan nasi lauk air sahaja, pada mereka RM500 tu cukup besar maknanya.


 muat turun borang BR1M  di sini

Borang Bantuan Tunai RM500 kini mula diedarkan secara percuma mulai tarikh 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. (sumber)


syarat permohonan BR1M:
  • warganegara Malaysia
  • pendapatan sebulan RM3000 dan ke bawah
dokumen wajib:
  • borang pendaftaran BR1M (muat turun borang BR1M  di sini)
  • salinan mykad/kad polis/kad tentera
  • salinan gaji (jika berkenaan)
mereka yang layak menerima bantuan adalah:Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga

Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ini merangkumi individu yang:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara
JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI:
Talian Hotline : 1-800-222-500
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

2 comments: