SALAM...
sape antara pembaca blog aku mase ujian memandu JPJ tu dia selamber je tak pakai tali pinggang keledar? sape jugak antara korang mempraktikkan apa yang korang belajar masa latihan memandu tu sampai la sekarang? aku rasa tak sampai 20% pon. memanglah aku tak buat kajian tapi memang dah depan mata aku sendiri. takdenye yang rajen pakai tali pinggang tu. bila kat depan tu ade roadblock, baru la sebok nak pakai kan? hehe. sesape yang mengaku sila angkat tangan. hehe
aku jugak tak terkecuali. pernah satu masa, kat selekoh, ngam-ngam2 je lepas selekoh, boleh plak ade roadblock, terus slow-slow pakai. jangan tarik kuat-kuat, jangan menggelabah, nanti masuk gaung dah susah.
jadi, sekarang ni, aku dah suruh adik aku yang kecik, mempraktikkan bende alah ni walaupun dia masih kecik tapi berbadan besor. aku bukan ape, kesian tengok dia. masuk kereta tak sampai 10 minit dah tido. kalau kenderaan kat depan aku tetibe brek mengejut, kan ke kesian kat adik aku tu kalau tak pakai tali pinggang.
hampeh punye gemok, dah sampai rumah pon ko tak bangon lagi...
malang tak berbau, kadang kita bawak dah betul pon, orang lain yang buat salah, siapa tahu. kita merancang, tuhan yang menentukan. sayangi keluarga anda ye...
takde la praktik semua tapi seatbelt memang wajib pakai dah terbiasa...
ReplyDeletehehe da besau adik ko why..
ReplyDelete