SALAM...
apa khabar kengkawan aku semua, sehat? hehe. terime kaseh kerana masih sudi singgah ke blog biase yang menggunakan bahasa pasar dalam menyampaikan maklumat ataupon cerita yang karot marot. aku bukan tak mau gune bahase skema, aku nak pembace blog aku dapat membace blog aku dengan cara yang santai sambil makan megi kari berseluar boxer.
okeylah, nak dipendekkan cerita, beberapa hari lepas aku ade borak dengan kenalan cina aku. aku panggil die uncle la sebab dah ade anak bini kan. takkan nak panggil abang hehe. tengah borak2 kami berdua bukak cerita tentang macamane nak jadi kaya.
3 langkah menjadi kaya raya
kaya ilmu (yang berfaedah)
kalau nak kaya ilmu, kita kena kongsi ilmu yang ade dengan orang lain. ingatlah, ilmu tu semua datang dari tuhan. ilmu yang ada jangan la lokek. kalau ilmu tu kita kongsikan dengan orang lain, insyaAllah, ilmu kita juga makin bertambah.
pengalaman aku (bukan nak menunjuk) : ape yang aku tau, aku akan kongsikan dengan rakan2. kadangkala ilmu kita ni lain walaupun dalam bidang yang sama. bila kita bagitau 1 strategi bisnes ataupun ilmu pada rakan, dia pon akan kongsikan 1 strategi pada kita, jadi sudah ade 2 strategi kan? untung tak?
kaya harta
ini mesti ramai yang pelik kalau aku cakap jika kita nak kaya harta, kita kena bersedekah dan jangan kedekut. kita kena bantu mereka yang susah dan jangan sesekali mengharapkan balasan walaupun kadangkala kita ditipu.
pengalaman aku (bukan nak menunjuk) : dalam berniaga, biasalah, ade yang menipu kan? bila orang tu tipu duit kita dan lari, semestinya kita marah kan? aku akui aku akan marah, tapi aku akan redakan kemarahan aku tu dengan berfikir semula. ini adalah satu pengajaran untuk aku, aku kena redha. dan apa yang mengejutkan, dalam bulan tu, alhamdulillah, customer yang menipu dan lari tu diganti dengan customer yang lebih baik. wallahualam, tuhan maha mengetahui.
kaya hati
kaya hati bermaksud kita tenang dan gembira. mudah saje, kita kena menyayangi orang lain. jangan dok bermasam muka. tak guna berlagak, adalah lebih baik kalau kita bertegur sapa kan? sayangilah hidupan di sekeliling kita. saling bantu membantu. bukan dok tangkap cinta dengan awek je, tapi orang tua kita tak hormat, salah tu. ingat, bila kita sayang kat orang/haiwan, orang/haiwan tu akan sayang pada kita.
EHEM2...aku manusia biasa, sekadar berkongsi apa yang aku fikir. mungkin korang tak suka apa yang aku sampaikan ni sebab takde bukti yang sahih kan? tapi cuba kita same-same buat, mulai hari ni, same2 kongsi ilmu yang berguna, bersedekah, dan sayang antara satu sama lain. apa yang korang rasa?
* maaf kalau entry kali ni agak panjang dan skema :-)
kaya budi bahasa.it yg kekal sampai bila2
ReplyDeletekalau nak kaya lagi biarlah kaya dengan senyuman... kalau masam ajerr orang tak mau dekat..
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir