Pages

Sunday, August 26, 2012

Fertigasi cili: permulaan projek (Mei 2012)

SALAM...
kawan-kawan semua sihat? gua tergerak nak buat entry mengenai fertigasi cili ni sebab ramai kawan-kawan gua bertanya pada gua mengenai kos dan cara-cara nak buat fertigasi ni. OK. sejujurnya gua katakan yang gua betul-betul belum mahir mengenai fertigasi ni. sebabnya? projek fertigasi ni asalnya pakcik gua, wak enal yang beriya nak buat. pada peringkat awal, memang aku tak ambik port sangat. selang beberapa minggu selepas projek bermula, pakcik gua mula pening memikirkan pokok yang semakin membesar dan angin yang bertiup kuat. sejak dari itu, gua yang take over projek fertigasi ni. memang banyak dugaan dan cabaran.

memang tak dinafikan, masa mula-mula gua jaga, ramai yang dok perlekehkan usaha gua menjaga pokok cili ni. ada yang kata takkan balik modal lah. ada yang kata gua akan berputus asa tak lama lagi. tak kurang juga yang kata harga cili ni akan turun sebab dah ramai yang buat fertigasi cili ni. OK. cukuplah. macam-macam lagi yang gua dengar. gua akan ceritakan pengalaman gua dengan pokok cili ni dalam entry-entry yang berikutnya. gua bukan niat mahu mengajar, gua hanya mahu berkongsi pengalaman gua. kalau mahukan ilmu fertigasi yang lebih mantap, korang boleh google "fertigasi cili . takde masalah. macam-macam ilmu ada.

ingin gua highlightkan di sini yang gua takde join mane-mane kursus fertigasi. gua hanya belajar dari pengalaman. memang, belajar dari pengalaman memerlukan kos yang lebih tinggi sebab kita akan menggunakan kaedah try and error. kalau tak menjadi, buat cara lain, sampai menjadi. tetapi gua tak paksa sesiapa yang ingin menjalani kursus fertigasi, setiap orang ada cara tersendiri kan? tepuk dada tanya selera.

sekian dari gua. jumpa di lain entry.

No comments:

Post a Comment