SALAM sejahtera kepada kengkawan semua terutama kepada pembaca setia blog gua dan peng'like'/pengomen setia facebook gua. walaupon gua hanya berkelulusan SPM dan bekerja kampung, korang tetap sokong gua. terima kasih gua ucapkan.
Bermulalah kisah di mana suatu hari tengah gua kerja, telefon berdering, gua pon tak kenal sape. pakcik tu dapat nombor gua dari kawan gua. dia kata dia dah tua, penat nak usahakan sawit. jadi dia nak tanam lada 1000 pokok. gua bagitau dia terang-terang yang gua tak berani nak tolong. gua perkenalkan dia kepada kawan gua yang lagi lama dalam bidang fertigasi ni. gua pon bermula dengan 200 pokok. gua mula usahakan fertigasi cili ni dari Mei 2012 dan sekarang 21 Oktober 2012. belom setahun. jadi gua belum layak untuk beri tunjuk ajar kepada sesiapa.
sepanjang hampir 6 bulan gua usahakan fertigasi cili ni. macam-macam cabaran yang gua hadapi,
Diri Sendiri (Malas/hangat2 taik ayam)
ni merupakan cabaran paling utama. Ya! diri sendiri. kalau diri sendiri tu malas, memang tak jadi ape la jawabnya. masa mula-mula gua jalankan fertigasi cili ni, ada sesetengah rakan memberitahu yang sistem fertigasi cili ini tidak memerlukan penjagaan yang kerap. cukup sekadar datang ke tapak projek 3 kali sehari.
amboi2. siapa kata? kalau sendiri belum cuba, belum terbukti kan? untuk pengetahuan semua, bila kita lakukan projek fertigasi cili ni, kita perlu sentiasa datang ke tapak projek tersebut. nak menjaga cili ni bukan senang. ibarat kita menjaga bayi. BENAR!. walaupun gua buat projek ni secara sambilan, paling tidak, 1 hari sekali gua kena datang tengok anak-anak gua ni. mungkin disebabkan projek gua ni projek tidak berbumbung, maka agak leceh penjagaannya, mungkin juga. tapi terpulang pada setiap individu bagaimana mahu memulakan projek fertigasi cili ni. gua tak pergi kursus, gua hentam je buat.
sebab tu gua tak berani nak buat sampai 1000 pokok. gua takut tak terjaga, nanti gua putus asa. gua tak mahu la gua dikata hangat-hangat tahi ayam (gua sendiri pun tak tau tahi ayam tu hangat ke tak). gua sendiri bermula dengan 200 pokok. bila gua rasa gua mampu nak jaga, gua tambah lagi 200. sekarang ni gua dalam proses menambah lagi jumlah pokok cili. tak salah kalau kita buat sikit dahulu. gua ada dengar kisah ada sorang kawan tu buat projek cili fertigasi menelan kos 20 ribu lebih, tapi