nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, August 28, 2012

indahnya bahasamu wahai gadis cantik

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua. apa khabar kalian? sihat kah? gua kurang sihat. dah 3 hari macam ni, sakit tekak, selesema, macam nak demam pun ada. mungkin sekarang musim sakit tekak sebab ramai sedare mara ku yang menimpa sakit yang sama. redha je lah. orang kata penyakit ni akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita. gua pun tak pasti. tolong carikan kebenaranya. tapi kebanyakan kita terutamanya gua pasti akan mengadu kat tuhan ataupun ingat tuhan bila saja ditimpa sakit mahupun malapetaka. bila senang, sukar pula kita nak ungkapkan ucapan 'alhamdulillah' kan? itu lah gua, manusia yang alpa.

panjang pulak mukaddimah entry gua hari ni. bosan pulak korang nanti. 

hari itu, gua mencari barang-barang untuk majlis rumah terbuka gua. sedang gua berjalan kaki mencari barang, gua ternampak dua orang gadis di hadapan gua. memang cantik. bertudung. putih gebu orangnya. walaupun dari belakang, gua dah tau gadis-gadis itu cantik (jangan tipu). gua memang malas nak mengurat ni. tak tau kenape. gua bukan gay pun. tapi gua tak berape minat nak kacau2. gua segan dengan perempuan sebenarnya. gua terdengar la sedikit perbualan mereka berdua. tiba-tiba,

Sunday, August 26, 2012

Fertigasi cili: permulaan projek (Mei 2012)

SALAM...
kawan-kawan semua sihat? gua tergerak nak buat entry mengenai fertigasi cili ni sebab ramai kawan-kawan gua bertanya pada gua mengenai kos dan cara-cara nak buat fertigasi ni. OK. sejujurnya gua katakan yang gua betul-betul belum mahir mengenai fertigasi ni. sebabnya? projek fertigasi ni asalnya pakcik gua, wak enal yang beriya nak buat. pada peringkat awal, memang aku tak ambik port sangat. selang beberapa minggu selepas projek bermula, pakcik gua mula pening memikirkan pokok yang semakin membesar dan angin yang bertiup kuat. sejak dari itu, gua yang take over projek fertigasi ni. memang banyak dugaan dan cabaran.

memang tak dinafikan, masa mula-mula gua jaga, ramai yang dok perlekehkan usaha gua menjaga pokok cili ni. ada yang kata takkan balik modal lah. ada yang kata gua akan berputus asa tak lama lagi. tak kurang juga yang kata harga cili ni akan turun sebab dah ramai yang buat fertigasi cili ni. OK. cukuplah. macam-macam lagi yang gua dengar. gua akan ceritakan pengalaman gua dengan pokok cili ni dalam entry-entry yang berikutnya. gua bukan niat mahu mengajar, gua hanya mahu berkongsi pengalaman gua. kalau mahukan ilmu fertigasi yang lebih mantap, korang boleh google "fertigasi cili . takde masalah. macam-macam ilmu ada.

ingin gua highlightkan di sini yang gua takde join mane-mane kursus fertigasi. gua hanya belajar dari pengalaman. memang, belajar dari pengalaman memerlukan kos yang lebih tinggi sebab kita akan menggunakan kaedah try and error. kalau tak menjadi, buat cara lain, sampai menjadi. tetapi gua tak paksa sesiapa yang ingin menjalani kursus fertigasi, setiap orang ada cara tersendiri kan? tepuk dada tanya selera.

sekian dari gua. jumpa di lain entry.

Saturday, August 25, 2012

tertonggeng di pagi raya

SALAM...
salam aidilfitri maaf zahir batin dan salam lebaran kepada rakan-rakan kat luar sana. macamane hari raya kengkawan semua. harapan gua moge hari raya tahun ni meninggalkan seribu kenangan manis kepada kalian semua. gua ingin ceritakan satu kisah yang terjadi di pagi hari raya...kisah ahmad dan fizi...

hari raya ke 5...ahmad bercadang ingin beraya ke rumah fizi. fizi merupakan kawan baiknya sejak sekolah lagi. setibanya ahmad di depan rumah fizi, ahmad berdiri kaku seketika. melihat rumah fizi yang sememangnya mewah. setiap sudut luar rumahnya di hias indah. itu belom dikira 2 biji kereta baru yang fizi beli untuk raya tahun ni. sebuah kereta tempatan yang ade lambang harimau berlampu LED di depan dan sebuah kereta import sporty kegilaan remaja sekarang. 

ahmad memang kagum dengan kemewahan yang dimiliki sahabatnya. ingin dia menjadi seperti fizi. tahun ini, seperti tahun-tahun lepas, ahmad hanya menyambut hari raya dengan cara amat sederhana. maklumlah, ahmad hanya bekerja kebun. 

tiba-tiba ahmad ternampak fizi sedang

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan