nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, December 27, 2012

bahaya SEBENAR panadol yang perlu kita tahu

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua harap semua sehat hari ni ye.

Korang mesti pernah baca mengenai bahaya panadol. Ada di laman web tertentu yang memberi info doktor pun tidak mengambil panadol. Panadol boleh mendatangkan kemudaratan. Kalau sekarang makan panadol, usia 30-an nanti dah kena penyakit buah pinggang. Kalau sekarang makan panadol nanti masa bersalin perlukan dos yang tinggi untuk tahan sakit. Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini semua?

gambar: soalan yang gua tanyakan di facebook gua

Jadi gua telah bertanyakan soalan ini di facebook gua dan beberapa kawan gua yang juga telah memberikan penjelasan mengenai panadol ini. Jika ada di antara korang yang ada sumber yang sahih, boleh kongsikan dengan gua OK.

Kesimpulan: Kalau korang dah habis baca kenyataan diorang kat bawah ni, korang mesti terkejut. Apa yang dicanang di laman web tertentu tentang bahaya panadol sesungguhnya tidak benar. Baca sampai habis OK. Gua bukan copy dari facebook lepas tu paste kat sini tau. Gua taip balik tau. Jadi kalau korang sayang gua, baca sampai habis. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah memberikan ilmu yang berguna.

Daripada Ummu Ammar (belajar di Universiti Alexandria, Egypt)

Panadol ni nama ubat yang ada dalam tu ialah acetomenophen. Dia adalah sejenis ubat penahan sakit, ubat demam dan anti keradangan. Dalam banyak-banyak ubat tahan sakit, acetomenophen (atau nama lainnya paracetamol) merupakan ubat yang paling selamat, maksudnya paling kurang kesan sampingan. Kesan sampingan sangat minima. Antaranya merosakkan hati sebab ubat ni di metabolize di hati. Ni kesan sampingan paling popular la untuk ubat ni tetapi kalau nak kena tu kena la makan banyak macam orang nak bunuh diri, telan segenggam. Kalau setakat demam pening telan 2 biji, takde ape, tapi tetap ada dose. macam sehari tak boleh banyak sangat. Sakit buah pinggang pun boleh tetapi kalau paracetamol dia sorang buat, taklah. Sakit buah pinggang ni boleh kena kalau dia ada penyakit lain sekali. Contoh penyakit popular effect buah pinggang ialah darah tinggi dan kencing manis. Kalau tak makan ubat untuk penyakit tu, confirm buah pinggang rosak. Bukan buah pinggang rosak sebab makan panadol (ni salah faham yang popular jugak)

Ubat tahan sakit ni ada banyak jenis, contoh yang paling sikit sekali kesan sampingan yang macam aku cakap tadi, paracetamo/panadol/acetomenophen. Jenis kedua adalah ubat dalam kumpulan non-stroidal anti-inflammatori drugs (NSAIDs) contohnya aspirin. Kalau ubat ni memang selalu effect buah pinggang. Selain tu ubat ni kene ambil time perut penuh sebab kalau tak, boleh buat gastrik atau ulcer perut. Berbeza dengan paracetamol yang boleh diambil ketika perut kosong. Ada banyak lagi contoh ubat tahan sakit yang lain tapi cukuplah setakat ini, wallahu a'lam.

Setakat ni kalau sakit kepala, demam atau sakit apa-apa, telan je panadol 2 biji. Ia panadol selamat. Kalau sakit kita memang kena usaha ikhtiar nak sembuhkan. sesungguhnya yang menyembuhkan hanyalah Allah. Ubat tu sebahagian sahaja. Doa banyak-banyak.

Mengenai kesan panadol masa beranak nanti, memang takde kaitan apa pun. Kalau tahan sakit beranak, tak payah ambik ubat. Kalau tak tahan sakit, ambik ubat. Tu je.

Daripada Syafiqa Belle (lupa dia ni belajar kat mana, tapi bahagian perubatan kalau tak silap)
Betul apa yang Ummu Ammar terangkan tu. By the way, doctor is the worst patient. Maksudnya doktor ni kalau demam ke sakit ke paling susah nak pergi klinik or makan ubat. Entah, tapi selalunya begitula. Ko pernah dengar isteri Dr Sheikh Muszaphar guna kaedah bersalin dalam air? Walaupun dia sendiri doktor pakar bius tapi dia tetap guna kaedah semulajadi. Itulah salah satu contoh doktor is the worst patient.

Daripada Sakinnah Naim (belajar di Universiti Tanta, Egypt bahagian perubatan)
Minum Nescafe, cerebral vasoconstriction sebab headache adalah vasolidation si it will help IA. Panadol tu drug paling selamat sebab dalam dunia ni takde satu ubat pun yang boleh bagi baik sakit kepala. Kita kena belajar nak prevent sakit kepala. Ubat kena ambik masa aura bukan attack. Aura tu mase macam agak-agak rasa nak kena. Sebab sakit kepala biasa, lama-lama dia subside.Sakit kepala tu sebab vasodilatation masudnya blood vessel mengembang sebab terkumpulnya metabolites dan doktor cakap, dalam dunia ni takde satu drugs pun yang boleh wash away metabolites.


Daripada Jannah Firdausi : 
boleh gantikan dengan air zam zam atau habbatussauda'.

Daripada Nilam Ariff (Budak Kampung Photographer) 
Sape yang rajin ambil ubat takkan ada masalah jika dia banyak gila minum air masak.

Daripada Ismi Fitri (Unit Trust Consultant)
Amek panadol atau ubat ubatan moden terlalu banyak memang boleh merosakkan buah pinggang, pada aku la, cari alternatif perubatan Islam. Kalau selalu sakit kepala, minum air banyak-banyak. Kau tu perlu banyak rehat jugak. Manusia bukan robot. Al-Quran sebaik-baik penawar.

Daripada Musliim Jamian (belajar di Universiti Sains Islam Malaysia)
Panadol tu antara ubat yang paling selamat kalau makan ikut arahan doktor (sekali makan tak boleh lebih 2 biji dan 1 hari tak boleh lebih 12 biji), dan perubatan moden juga merupakan perubatan Islam, sebab Islam bukan hanya sekadar habbatussauda ataupun madu. Islam itu sangat luas, perubatan moden yang mementingkan bukti daripada research. Kajian mendalam dalam setiap ubat juga sebahagian daripada Islam. Dan untuk setiap ubat, kalau tak pasti, kenalah tanya dengan doktor ye.

Sekian sahaja. Salah silap gua mohon maaf. Harap beri teguran membina.

Wednesday, December 26, 2012

Resipi Burger Bakar gua buat sendiri, hentam lagi!!!



SALAM...
Selamat pagi kengkawan semua. Semalam tengok Hantu Kak Limah tak? Tak jemu tengok ulang kali kan? Memandangkan takde popcorn nak dikunyah mase tengok cerita kak limah tu, gua bercadang membuat burger bakar. ini kali ke 3 gua buat. dan mintak maaf kali ni gua buat tak bakor tapi gua masak kat kuali leper. Dan burger bakar yang gua buat ni takde roti, mayonis, cheese sebab nak cepat. Nanti kalau korang buat, korang tambah la sendiri. Korang boleh cuba sendiri kat rumah ye. Kalau korang tak nak buat sendiri, beli je kat Burger Bakar Muor.

gambar: burger bakor yang gua masak gune kuali leper. nampak buruk tapi sedap tau. terima kasih Bang Uda tolong masakkan.

OKlah, kang cerita panjang lebar, korang bosan, ni dia resipi nya.

Daging kisar
Bawang besar
Sos barbeku
Sos lada hitam
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Telur ayam

*gua tak bagi sukatan sebab tiap kali gua buat, sukatan lain-lain. ikut selera korang la ye.

Mula-mula sekali korang potong bawang besor tu bentuk dadu. Gua pon letak la bawang putih sikit. Kan orang kampung suka rempah dan bawang-bawang kan? hehe. ikut suka korang la.

gambar: potong baik-baik bawang tu Cik Pija oi, kena jari kang.

Lepas tu korang campurkan sos lada hitam, sos barbeku, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, telur ayam, garam sikit dengan bawang merah tadi dengan lada kisar. macam kat bawah ni.

gambar: teknik campur bahan masakan ala koboi.

Lepas tu korang gaulkan semua bahan tadi sampai sebati. Kalau nak guna tangan boleh, pastikan tangan korang bebas dari sebarang kotoran. Jangan pulak korang korek hidung, jari tak basuh, terus gaul. Memang terlebih masin la daging tu nanti hehe.

gambar: kalau nak gaul tu jangan ramai-ramai, sorang-sorang aje. hehe. gua dah basuh tangan ok.

Lepas sebati, korang bentuk-bentukkan. Suka hati korang la nak bentukkan macamane. Gua buat kecik-kecik sebab Bang Uda nak jemput kawan-kawan dia rasa. huhu. 

gambar: baun daging yang haruuummm..tengoklah sape yang bancuh hehe

Dah siap bentuk? Apa lagi...bakar la hehe. Lepas bakar, bagi kengkawan rasa. Tanya pendapat diorang. Kalau OK, Syabas. Kalau tak OK, cuba lagi ye.. Ikut kreativiti korang nak buat camne. nak hias camne ye.

 gambar: bebudak kecik menikmati burger bakar. 

  gambar: bebudak otai kereta olskool menikmati burger bakar.

 
gambar: Cik Pija menikmati burger bakar.

Selamat mencuba. Salah silap gua mintak maaf. Sila beri teguran membina. 


Tuesday, December 25, 2012

si bilis bergaye seperti si jerung


SALAM...
Setelah penat gua post entry pasal makanan, kali ni izinkan gua post kisah yang berlaku dalam masyarakat kita. Si bilis yang bergaya seperti jerung walaupun mereka ini belum mampu menjadi seperti jerung dan akhirnya lemas sendiri dihanyutkan ombak...bukan Ombak Rindu ye, tapi ombak duniawi.

Gua terlintas nak buat entry ni lepas terdengar cerita kawan-kawan gua. Ada antara kita teringin nak menjadi seperti mereka yang kaya. Jadi kita pun ikut gaya hidup mereka, berpakaian seperti mereka, beli kereta seperti mereka dan sebagainya padahal diri kita ni belum mampu seperti mereka yang kaya. Takkan nak mandi pun ikut cara mereka gak kan? (same je kot)

Bila kita bergaya melebihi kemampuan kita, apakah akan terjadi? Mula lah nanti mengeluh di akhir bulan tiada duit nak makan. Sanggup berhutang sane sini semata-mata ingin memenuhi kepuasan diri. Alasan yang sering kita dengari, "Alaaaa, kalau sekarang kita tak merasa semua ni, bila lagi? Hidup cuma sekali kan?". Ya, memang hidup kita ni cuma sekali, tetapi adakah kita nak mati dengan hutang yang bertimbun?

gambar: simpanlah duit. jangan membazir. sumber gambar

Gua sendiri akui kadangkala gua teringin nak menjadi seperti jerung. Menjadi kaya. Tapi bila gua fikir balik. Gua lebih selesa hidup macam ni. Hidup sederhana. Gua akui gua pun ada hutang, tetapi hutang tu adalah hutang gua membeli lori dan barang-barang syarikat. Gua nak kukuhkan apa yang ade ni dulu baru fikir keinginan gua. Gua ada terbaca sebuah buku tapi gua lupa tajuknya. Ayatnya lebih kurang macam ni,

"kalau kita TAK MAMPU membayar sesebuah kereta yang kita beli tu dalam masa 3 TAHUN maka kita belum lagi mampu nak memakai kereta itu"

Jadilah diri kita sendiri. Walaupun kita ni tak sekaya mana, kita bersyukur sebab masih bernafas dan bekerja, kan? Jadikan mereka yang kaya tu motivasi untuk kita bersama-sama bangkit menjadi lebih rajin dan tak mudah putus asa. 

Petikan dari facebook gua,

lepas beli barang kat nursery tu, gua mintak tolong aunty tu buat resit. aunty tu tanye gua, "macamane mau eja ini barang? saye dulu kecik tak sekolah, mak ayah takde duit mau antar sekolah."

gua kate, "takpe aunty, sekarang aunty dah ade bisnes kan."

aunty tu kate, "kite hidup kena rajen, kalau malas tak boleh hidup"

PSSSTTT...nasehat simple dari aunty tua, RAJEN. tapi hakikatnya ramai yang berangan nak buat duit tanpa modal, tanpa perlu bersusah payah, hanya duduk rumah dan goyang kaki.



Maafkan gua kalau entry kali ini tiada input berguna. Tapi gua tau, korang paham maksud gua kan? Salah silap gua mohon maaf. Sila beri teguran membina. 

gua cuba Resipi Pisang Crepe la pulak


SALAM...
Kali ni gua nak buat Pisang Crepe plak, tapi sebelum tu. Gua nak google dulu ape maksud crepe ni. susah gua nak nyebutnya. OK, jom google........................haaa...dah jumpe pon. laaa...ni rupenye maksud crepe.. sejenis pancake yang sangat nipis dan dibuat menggunakan tepung gandum. Patotlah gua dengar kalau nak buat Durian Crepe tu kena betul-betul nipis kulit luarnya. Kalau tebal jadinya, apa kita nak panggil ye? haaa... korang fikir la sendiri. hehe

gambar: pisang crepe yang gua hentam buat, kalau tak meleleh air liur korang gua mintak maaf.

OK lah, memandangkan family gua tak puas merasa durian crepe, maka malam semalam gua menggagahkan diri untuk membuat durian crepe. Tapi gua terfikir, apa akan jadi kalau intinya gua letak pisang. Gua pun belilah pisang. Korang jangan beli pisang tanduk plak. nak kena goreng kang. Korang belilah pisang yang kecik-kecik comel gitu. Tinggal kupas kulit terus makan. macam kat bawah ni.

gambar: kat atas ni gambar pisang, sebelahnya tu durian yang gua letak dalam peti. yang kat sane tu air kopi feveret gua, penguat tenaga, hehe. 

Bahan-bahan dan cara-caranya sama sebijik macam nak buat durian crepe. Korang boleh tengok resipi tu kat sini, Resipi Mantap Durian Crepe. Gua nak poyo sikit dalam entry ni boleh tak? Gua nak bagitau yang gua berjaya buat crepe yang lebar dan tipis....YEAHHH!!!....kalau yang lepas gua buat bentuk crepe tu dah macam bentuk alien, kali ni gua buat bentuk bulat dan besar...hehe. tak caya? tengok kat bawah ni.

gambar: mungkin tak lawa sangat macam korang buat kan? tapi gua tetap happy yeay!!

Lepas siap buat crepe nye tu, korang susun la macam ni, tapi jangan lupe, pastikan crepe tu nipis ye.

gambar: susunan pisang crepe

Kali ni gua berjaya melipat pisang dan durian crepe dengan kemas. hehe. Ni pun sebab kawan gua Apeng yang suruh gua buat kemas-kemas, baru selera nak makan. Tunangnye si Nilam plak suruh gua buat sedap-sedap, die nak jual kat pasor. Alamatnya cair la durian crepe gua.

Gambar pisang crepe dan durian crepe yang gua buat. Korang perasan tak kelembutan kulit crepe nye hehe

Gambar bahagian dalam durian crepe. Lebih kurang je dengan pisang crepe.

Gambar budak yang tak puas makan durian crepe gua sampai suruh buat lagi. grrrr..ingat gua robocop?

Apa yang bestnye, mak bapak gua suka dengan durian crepe dan pisang crepe yang gua buat semalam. Gua buat lagi pun sebab bapak gua cakap dia lapo. tapi tak boleh makan sebab baru cabut gigi. nak kena makan bende lembut. Jadi gua buatkan la. Habes tiga gua cakap kat lu. hehe. 

Terima kaseh juga kat Cik Pija sebab menyokong ape yang gua buat. Dia lagi suka kalau gua pandai masak-masak. hehe. Lepas ni, lepas balik keje, gua dok umah je la nampaknya. Nak perbaiki mutu masakan gua hehe.

Sekian saja. Selamat mencuba. Salah silap gua mintak maaf.

Sunday, December 23, 2012

Resipi Durian Crepe Hentam Sajalah dari gua


SALAM hari minggu kengkawan semua moge sentiasa sihat. Malam tadi ape projek? Pergi mancing kat kelong? Main futsal? Main snooker? Main badminton? Ke duduk kat warong ngeteh sambil main karom? Mungkinkah juga ada yang dok jadi superman kat atas motor? Terpulang pada diri masing-masing la ye. Memandangkan semalam gua dah kepenatan dok angkat sawit di tengah hujan lebat, gua dengan penuh semangat ingin mencuba membuat Durian Crepe yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang. 

Sejujurnya ingin gua katakan, gua tak pernah lagi rasa Durian Crepe ni. taktau saiz dan rasa sebenarnya macamane. Korang dah sedia? Jom kita mulekan....

gambar: Panglima Buncit dah ready nak tunggang langgangkan dapur.

Mula-mula nak masak, mestilah sediakan bahan-bahannya kan? Kat bawah ni senarai bahan-bahan yang korang perlu ada untuk buat Durian Crepe ni.


Tepung gandum
Esen vanila
Pewarna kuning telur
Santan kelapa
Telur ayam
Garam
Whipping Cream
Isi durian

*gua tak bagi sukatan sebab tiap kali gua buat, sukatan lain-lain. ikut selera korang la ye.

Caranya senang je. Haaa...mula-mula korang masukkan tepung gandum, air dengan santan kat dalam mangkuk. Korang kacau la sampai sebati. Lepastu masukkan pulak telur ayam, esen vanila, pewarna kuning dan sedikit garam. Haaa...lepas tu kacau lagi sampai la bende alah tu semua sebati. 

Memandangkan gua pertama kali memegang mesin mixer ni maka gua buat kat dalam sinki. Gua takut berterabur bahan-bahan kat dalam tu, sape nak ngemas?. Tapi jangan risau, gua dah pastikan sinki gua bersih dari sebarang kuman. hehe.

Pastikan korang kacau semua bahan tadi sampai adik korang cakap, "Fuyooo, lawanya kaler...terbaik...". hehe ni la yang adik gemuk gua cakap lepas gua kacau bahan-bahan tadi. hehe. 

OK, next step. korang ambiklah penapis, tapis campuran yang dah sebati tadi. Baru korang akan dapat cecair yang bebas dari sebarang ketulan hehe. Sebab gua dengar Durian Crepe yang di jual kat bandar-bandar besar tu kulitnya halus mulus sehalus kulit gua (sila jangan percaye).

OK. next step. Bahagian ni la yang gua paling lemah. Nak buat kulit Crepe yang nipis. Gua ni mana la penah buat lempeng. gua pun tau makan jer. OK. dengan rasa yakinnya gua pun mula la mencurahkan bancuhan kuning tadi kat atas kuali leper....hasilnya...Amekawwww.....jadi bentuk apa ini? haishhh...takpe-takpe...gua cuba lagi...

Gua tau korang boleh buat lagi nipis dari gua. Jadi cuba la buat ye. Gua cuma mampu buat senipis ni je.

Lepas korang siapkan semua kulit kaler kuning tu, korang kena buat intinya pulak. Haaa..caranya senang je. korang amek whipping cream tu. masukkan dalam mangkuk. Kalau suka manis-manis, letak sikit gula. Lepastu gaul dan gaul sampai la jadi gebu. 

Memandangkan aku ni pertama kali dok gaul whipping cream ni. Gua agak risau, punye la lama gua gaul, gua godak, tak gebu-gebu jugak. gua jadik panik jap. Gua tanya adik gemuk gua kenapa tak gebu-gebu bende ni, masih cair. Adik gua pun terponge...die lagi la tak tau. huhu. Akhirnya setelah beberapa minit menggaul, jadilah whipping cream ni segebu kulit gua yang berwarna hitam gelap ni. Tapi Whipping tu berkaler putih hehe.

Sekarang kulit dah ada. Inti pun dah ada. Masa untuk kita main lipat-lipat. Letak whipping cream yang dah gebu tu dulu, pastu letak isi durian, patu lapik atasnya dengan cream lagi, pastu lipat-lipat. 

Percubaan pertama gua lipat nampaknya berjaya. Nampak lawa jer. Percubaan ke dua ketiga dan seterusnya, agak hampeh. Semua bentuk lain-lain. huhu. Nampak benor keras tangan gua ni. Bungkus hadiah pun tak pandai, ape tah lagi nak bungkus kulit makanan ni huhu. 

Korang perasan tak ada yang saiz besar dengan kecik. Itu terpulang pada korang nak buat camne. Gua buat  pun main hentam je. hehe. Lepas siap lipat semua, masukkan dalam peti ais. Terpulang korang nak letak berape lama. Dah sejuk nanti boleh la korang makan. 

Jangan lupe mengemas dapur, kang dapur berselerak, mak marah.

Sehingga artikel ini ditulis, gua masih belum merasa hasil tangan gua, tak tau la sedap ke tak. Sekarang ni gua kat tempat kerja. Balik nanti gua nak rasa. kalau tak sedap, gua cuba buat lagi. Korang pun cuba la ye. Tukarkan durian dengan pisang pon OK. SELAMAT MENCUBA.

Akhir kata, salah silap gua mohon maaf.

Friday, December 21, 2012

fertigasi cili: cabaran yang telah gua hadapi (bahagian 3)


SALAM pada kengkawan semua. harap-harap sihat la kan. gua nak sambung cerita pasal cabaran yang gua hadapi sepanjang gua berkebun ni. bukan ape, gua paham ade sesetengah korang yang teringin nak berkebun tapi takde mase nak pergi kursus. Gua pon tak berkursus, gua buat ikut pengalaman orang-orang lain yang dah pernah buat dan berjaya. Tapi yang sebaiknya, korang pergilah kursus ye, ilmu nya lagi la banyak.

OKlah, takmau buang masa, meh gua sambung cabaran ke 3 yang gua hadapi. 

Kos pemasangan yang tinggi.
Kos pemasangan yang tinggi juga menyebabkan hasrat mereka yang ingin berkebun secara fertigasi ni terbantut. Bagi mereka yang 'zero' dalam bidang ini (macam gua masa awal-awal buat dulu) pasti akan meminta bantuan daripada pihak yang menawarkan khidmat pemasangan set fertigasi. Kebiasaannya pihak ini akan menawarkan pakej RM15 sepokok. Minimum pembelian adalah 100 pokok. Jumlah RM1500 ini bukan pokok sahaja, tetapi siap dengan pemasangan mesin pam air, paip dan silvershine. 
gambar: di awal penglibatan gua dalam fertigasi cili.

Eh kejap2...biasenye pakej diorang tu tak termasuk

Tuesday, December 11, 2012

makan-makan: burger bakor muor mantap!!!


SALAM kengkawan....
Memang dah tahap gaban malasnye gua menulis blog ni. Gua pon tak tau kenape gua makin malas menulis blog. Dulu bukan main semangat dok update. Mungkin sebab tak ramai yang berkunjung ke blog gua menyebabkan adrenalin gua untuk menghupdate blog terus menurun. ahhhh....

Disebabkan kerja gua yang penuh dengan kepeningan, ubat yang mujarab untuk gua adelah dengan makan. Gua nak makan makanan yang lain pulak. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan fenomena baru, bukan fenomena hari kiamat mayan yang gua maksudkan. Tapi fenomena burger bakar. Bukan Encik Bakar pengurus bank tu yang buat, tapi memang burger ni dibakar. Gua cari punye cari maka terjumpalah gua dengan Burger Bakar Muor sebelah Caltex Jalan Hashim. kalau tak tau gak, boleh tengok peta kat bawah ni. kalau nak tau tempat lain, korang boleh tengok peta lokasi diorang kat sini. 

gambar: peta lokasi Muor Burger Bakar. sumber

Gua punyelah teruje dengan

Monday, December 3, 2012

fertigasi cili: cabaran yang telah gua hadapi (bahagian 2)


SALAM sejahtera kepada kengkawan semua. mesti ada antara korang yang marah kat gua sebab lame sangat tunggu gua update blog ni huhu. itupun kalau ade yang tunggu la kan. kali ni takmau mukadimah panjang lebar, terus kepada cabaran ke dua yang gua hadapi sepanjang gua jalankan projek fertigasi cili ni. cabaran yang gua kongsi ni sebenarnya untuk ingatan diri gua sendiri di masa akan datang. 

Cabaran daripada orang sekeliling.
Orang sekeliling juga memainkan peranan dalam apa jua kerja yang kita buat. Lebih-lebih lagi mereka yang selalu memandang rendah akan usaha orang lain. Yang tak yakin dengan keupayaan kita. Gua akui semasa permulaan projek fertigasi ni, ramai yang kata yang gua takkan bertahan lama. dan fertigasi cili ni bermusim. lama-lama gua takkan bertahan. Paling lama 6 bulan. Terima kasih pada mereka yang berkata demikian. Gua harap korang akan lebih berjaya daripada gua. 

gambar: bekerja tatkala hujan amat menyejukkan. habis basah luar dan dalam.

Tak kurang jugak mereka yang memberi cadangan yang

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan