Pages

Monday, January 21, 2013

Tabung Bank Pertanian Malaysia gua pecah!!!

Malam tu memang gua tak kemane2. Malas nak kuar umah. Memandangkan dah sebulan gua tak ngemas bilik. Gua amek peluang ni untuk Mengemas bilik gua. Tetibe tabung kelapa Bank Pertanian Malaysia (yang juga tabung gua yang paling lama ada dalam simpanan gua) pecah. Uhuk3.. Sedih betul ak.

Pada sesape yang taktau ape tu Bank Pertanian Malaysia, sekarang memang dah takde dah bank tu. Bukan takde, namenye dah ganti pada Agrobank. Aku taktau plak sekarang diorang offer tabung ape.

Aku dapat tabung kelapa ni pun mase aku sekolah rendah dulu kot. Bank Pertanian akan datang ke sekolah untuk memudahkan budak2 sekolah ni menyimpan duit. Aku memang suka simpan duit. Pantang kalau nampak bapak aku letak duit syiling atas meja. Memang aku sebat huhu.

Semailah sikap menabung dari kecik. Nanti dah besar. Nak masuk Universiti dah tak payah nak pinjam PTPTN. Kan?.

1 comment: