Tadi aku terbace satu artikel mengenai tahun 2013 ni merupakan tahun yang bakal membawa kekayaan untuk setiap orang. Termenung aku sekejap. Aku tau aku sekolah pun tak habis. Tapi ape kait tahun dengan kekayaan?.
Cerita 1:
Helmi merupakan seorang graduan universiti. Tahun 2012 dia berazam ingin mencari kerja yang sesuai dengan ijazah yang dimiliki. Maka dia telah menghantar resume pada beberapa syarikat terkemuka. Dia tidak mahu bermula dari bawah. Mahu terus di atas kerana menurutnya ape guna dia belajar bertahun kalau kene mula kerja dari bawah. Dia hanya menunggu panggilan kerja daripada syarikat2 yang tersebut.Sehingga akhir tahun 2012. Dia masih mengganggur.
Cerita 2:
Iman, kawan helmi. Sama jurusan dengan Helmi. Telah menghantar resume kepada beberapa syarikat. Dia tidak kisah apa jua kerja yang diberi. Pada mula kerjayanya, dia bermula dari bawah dengan gaji yang rendah. Lama kelamaan, pengurus syarikat nampak akan kebolehanya dan menaikkan pangkat Iman.
Cerita 3:
Deraman, kawan Iman dan Helmi yang tidak menyambung pelajaran akibat kelemahan dia dalam akademik. Tapi Deraman tidak berputus asa. Awal tahun 2012 dia menggunakan semua duit hasil kerja-kerja kamoung yang dilakukanya untuk membuka warong burger. Berkat kesungguhan dan kreativitinya maka burger Deraman telah mendapat sambutan hangat.
Cerita di atas memang tak best sebab aku reka sendiri. Apa-apa pun, kesenangan dan kemewahan tu...kita yang cari. Duit bukan boleh datang bergolek. Semoge kita sama2 berjaya di tahun baru ini. Amin
rajin pulak abang irwan ni buat post...
ReplyDeleteklo usha x kemn..=)
ReplyDelete