Pages

Monday, February 18, 2013

Dividen KWSP 2012 6.15%, syukur la

Bismillah...
Berita baek kepada pencarum KWSP pada tahun ini kerana dividen yang diberikan meningkat kepada 6.15% berbanding tahun 2011 iaitu 6 peratus.
Pada aku, KWSP merupakan salah satu mekanisme pelaburan yang bagus. Duit yang terkumpul dalam KWSP ni akan membantu kita di hari tua kelak. Jadi, majikan hendaklah membuat caruman KWSP kepada setiap pekerjanya. Untuk tahun 2013 ni, kadar caruman KWSP bagi pekerja adalah 11% manakala majikan pula 13% daripada gaji pekerja. Tetapi, kalau pekerja mahukan potongan yang lebih, maksudnya ingin memotong 15% dari gajinya untuk mencarum dalam KWSP pon boleh.
Bagi pekerja yang majikannya tidak membuat KWSP untuknya, janganlah terlalu suka. Aku tak pasti kena saman ke tak. Tapi sebagai pekerja, kita kenalah mencarum dalam KWSP ni sebagai persediaan hari tua kelak. Kalau nak harapkan kita simpan sendiri, macam susah je kan?
Tahniah kepada pekerja2 semua, semoga kita sama2 bekerja dengan penuh semangat, mencari rezeki untuk keluarga.

2 comments: