Bismillah..
Selamat pagi kengkawan semua. Agak lama aku tak bercerita mengenai cabaran dan dugaan aku dalam mengusahakan cili fertigasi ni. Kali ni aku nak bercerita mengenai serangan kulat batang terhadap pokok cili aku selepas raya cina.
Sebelum raya cina, pokok cili aku mmmang lawa2. Daun pun merimbun. Tiba saja cuti raya cina, hujan turun tak berhenti dan aku pon cuti meracun. Bila cuti meracun ni faham2 lah. Serangan serangan serangga dan kulat pon bertambah. Memang betul sangkaan aku. Lepas cuti raya cina, lebih kurang 5 hari, aku ke kebun. Aku terkejut kerana daun2 pokok cili tak serimbun sebelum cuti raya cina. Bila aku cek dan belek2 tiap pokok..ya tuhan. Amat sedih. Batang pokok cili aku macam mereput dan layu.
Aku pon berjumpa mereka yang pakar dan mereka katakan pokok aku terkena serangan kulat batang. Aku diberikan racun untuk merawat pokok cili yang terkena serangan tu. Tetapi aku disyorkan untuk membuang saja pokok2 cili aku tu dan tanam yang baru. Aku bukan tak mau ikot nasehat tu. Tapi aku nak cuba merawat pokok2 cili aku ni.
Setelah seminggu. Alhamdulillah. .pokok sudah mula kelihatan segar. Sudah mula berbunga. Tapi aku belom boleh gembira sangat. Aku nak tengok perkembanganya dua tiga minggu. Harap2 terus pulih. Sekian cerita aku. ..
Sabar la wahai sahabat.. . Ini semua dugaan.
ReplyDeletexpe..nant hasilnyer lumyan
ReplyDeletesalam bro,,sy baru nk berjinak2 dlm projek fertigasi ni,,boleh bgtau x ape risiko yg sinonim ngn cili nie,,thanx bro
ReplyDeletesalam bro,,sy baru nk try projek fertigasi ni,,boleh bgtau x ape risiko yg sinonim psal fertigasi ni,,hrp berikan tunjuk ajar n nasihat,,,thanx
ReplyDelete