Selamat pagi kengkawan semua...
Aku rasa ramai yang tertanya-tanya bank manakah yang mudah memberi pinjaman tanpa syarat-syarat yang ketat. Sesungguhnya tiada yang mudah. Sedangkan nak pinjam dengan sedara mara pun banyak benda akan ditanya kan?
Beruntung untuk mereka yang merupakan goverment servant ataupun kakitangan kerajaan kerana golongan ini mudah untuk membuat personal loan. Ini adalah kenyataannya. Dan kenyataan ini amat perit bagi kami yang bekerja sendiri (swasta). Tapi kenyataannya juga, golongan pekerja kerajaan inilah yang paling ramai blacklist, sumber ini aku dapat daripada kakitangan easy RHB Batu Pahat ketika aku berurusan dengan mereka.
OK, lupakan tentang iri hati dan kejelesan ini. Apa yang aku ceritakan ini adalah pengalaman aku berurusan dengan bank, memohon pinjaman peribadi untuk rolling perniagaan aku. Aku nak kongsi pengalaman ini supaya menjadi pengajaran kepada rakan-rakan dan aku mengharapkan teguran dari rakan-rakan sekalian. Teguran positif dan tunjuk ajar amat aku perlukan. Kalau teguran negatif aku hanya diamkan sahaja.
Tahun lepas berkali-kali aku mohon pinjaman dengan CIMB Bank. Dan jawapan yang aku terima memang hampa. Bila aku tanya kakitangannya, mereka memberitahu mungkin pinjaman aku ditolak kerana mempunyai komitmen yang tinggi. Aku pun senaraikan komitmen-komitmen aku tatkala itu. Maksud aku apa yang aku kena bayar tiap-tiap bulan pada pihak bank.
1. Bayaran kereta
2. Bayaran lori
3. ASB loan
Bila di semak balik, di kira-kira, aku masih layak membuat pinjaman. Tetibe kakitangan bank bertanya lagi. Aku ada kad kredit tak? Aku beritahu dia yang aku mempunyai dua kad kredit dan setiap satunya mempunyai limit 20k. Dia memberitahu aku yang kad kredit juga dianggap komitmen kita walaupun kita tak pernah menggunakannya. Jadi komitmen aku pada kad kredit juga sudah 40k.
Selepas itu dia tanya lagi aku ada menjadi gerento tak? Baru aku teringat aku ada menjadi gerento sedara aku untuk membeli rumah. Dia berkata lagi, kalau kita menjadi gerento, itu sudah menjadi komitmen kita. Kalau house loan itu 200k, maka komitmen kita 200k lah walaupun kita hanya gerento.
Termenung aku seketika...
Okey, aku akan sambung cerita ini kemudian kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Apa yang aku nak beritahu kat sini,
1. Senaraikan apa komitmen kita di bank dahulu sebelum memohon pinjaman peribadi atau apa jua pinjaman.
2. Kad kredit, contoh limitnya 20k. Walaupun kita tak guna kad itu, komitmen kita tetap 20k.
3. Kalau kita menjadi gerento, contoh 10k. Komitmen kita juga adalah 10k.
4. Mengenai ASB loan (pinjaman ASB) aku tak berapa pasti dikira komitmen atau tidak. tetapi untuk pengetahuan kawan-kawan, aku dah batalkan ASB loan aku dan berpindah ke Tabung Haji.
Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. sekian, bersambung di episod 2 nanti.
assalamualaikum...
ReplyDeletesebagai usahawan tani, saya cadangkan TEKUN Nasional lah yang paling layak anda membuat pinjaman kewangan.
pendapat saya, sblm pergi ke bank2 atau kredit sprt AEon dan easy rhb, kerajaan byk peruntukan untuk usahawan pertanian. selamat mencuba..
sbb saya pun pernah berurusan dgn TEKUN. sgt mudah, lg2 kamu dh mnjalankan perniagaan lebih 50%.
selamat maju jaya...
Assalam,macam mana awak cancel asb?
ReplyDelete