Pages

Saturday, April 18, 2015

Jailbreak iPhone: kelebihan dan kekurangan

Salam kengkawan semua.
Agak lama gua tak menghupdate blog ni. Harap kengkawan semua sihat la ye. Hari ni aku tergerak untuk beborak pasal Jailbreak iPhone. Yup! Jailbreak. Pada yang kipas-susah-mati iPhone dan jailbreak, aku nak ingatkan yang aku ni hanya orang biasa, tak berapa pakar dalam bidang teknologi, aku hanya budak kampung yang suka bercerita so kalau ada tersilap kata dan maklumat dalam penulisan aku ni aku mohon ampun dan maaf. 

 gambar: iPhone 6 plus



Korang mesti tahukan ape tu jailbreak? Jailbreak adalah satu proses yang mana kita ubah software yang ada dalam iPhone tu untuk kita ubah isinya. Kita ubah font yang kita suka, kita letak backround, kita dowanload secara percuma, semuanya mengikut kehendak kita tanpa dikawal Apple. Lebih kurang macam tu la kan?

Aku sangat teruja bila tengok kawan aku menjailbreak iPhone 6 plus dia. Sangat cantik kot. Sampai aku pun teruja nak buat gak. Lepas tu aku tanya lagi seorang kawan baik aku yang dah bertahun pakai iPhone dan hampir setiap ahli keluarganya merupakan iPhone user. Dia pernah menjailbreak iPhone 4s dia. Dan satu masa iPhone nya ada masalah. Walaupun telah diformat semula, tetap berlaku masalah seperti ringtone tak berbunyi. Abangnya yang juga pengguna tegar iPhone, yang dulunya suka menjailbreak iPhone, sekarang dia pakai standard kilang Apple jer sebab tak mahu ada masalah terjadi pada iPhone nya.

Tapi aku rasa sama konsepnya dengan kenderaan. Kenderaan standard lebih tahan lama jangka hayat enjin nya daripada kenderaan yang telah diubah suai enjinnya. 

Tetapi terpulang pada kawan-kawan semua. Tepuk poket tanya selera. Korang dah beli benda mahal, takkan nak ubah sana sini. Lainla kalau poket korang tebal.

Korang boleh tengok kat SINI untuk lebih tahu mengenai jailbreak iPhone ni.
Salam.


1 comment:

  1. Bro cam mna na contact? Sbb na tnya pasal honda gbo hehe

    ReplyDelete