Pages

Thursday, December 24, 2015

Sakit itu sedap, sakit itu nikmat

Salam. 
Abang memang jarang sakit. 
Kalau pening kepala sebab stress tu biasa kerana hari2 memang banyak perkara yang Abang kena buat dan fikirkan. Tapi itu Abang masih boleh bertahan. Masih boleh buat kerja. 

Tapi semalam memang Abang diduga dengan cirit birit. Ya tuhan. Sakitnya. Pukul 2 pagi sampai 4 lebih Abang takleh tidur. Asyik berlari masuk ke bilik air. Kalau la najis yang keluar tu emas, Abang rasa Abang dah kaya dah. 

Kebetulan pula bos tak bagi MC pada keesokan harinya, memang berguling-guling la Abang kat ofis. Sakitnya macam ada alien dok bergendang kat dalam perut ni. 

Kawan baik Abang suggest kat Abang untuk makan dua jenis pil ni yang boleh dibeli kat farmasi, dhamotil dan dhacopan. Alhamdulillah. Lega sikit perut Abang. 

Pada kedai2 runcit dan kedai makan yang terputus bekalan Air Tebu Abang Y tu Abang mohon maaf. Abang belum mempunyai team yang kuat lagi. 

Untuk pembaca setia blog Abang, mesti korang pelik kenapa Abang tetibe bercerita pasal Air Tebu Abang Y kan? Abang akan cerita dinpost akan datang. 

Kawan2 semua kena jaga kesihatan. 

Bila kita sakit ni baru kita bersyukur akan nikmat kesihatan dan kesedapan rasa makanan dan minuman yang kita makan selama ni. 

Sentiasa jaga kesihatan. 

Sentiasa bersyukur. 

Jaga diri. 

Salam. 

No comments:

Post a Comment