Pages

Saturday, December 31, 2016

Medan Ikan Balar Serkam memang best !!!

Petang tadi tak tahu nak makan kat mana. Jalan jem giler. Apa lagi, terus ke Medan Ikan Bakar Serkam. Ini pertama kali ke sini. 
.
Pendapat peribadi Abang, memang berbaloi. Walaupun makan banyak dan menambah pesanan itu ini, kos purata adalah RM15 seorang. 
Kalian boleh cuba. 😊

Tuesday, December 27, 2016

ASB tidak menguntungkan?

Kisah benar. 
.
7 tahun lepas. Kawan aku diajak oleh kawannya untuk menyimpan dalam ASB. Lalu dimasukkannya RM300. Oleh kerana kesibukkan kerja dan lain2 hal. Beliau terlupa ingin memasukkan lagi duit di dalam ASB. 
.
7 tahun selepas itu iaitu sekarang. Beliau teringin ingin memiliki kasut berlambang "kepak". Idamannya sejak bertahun lamanya. Tiba2 beliau teringat akan duit ya di dalam ASB. 
.
Beliau ke pejabat pos untuk menyemak baki. Alangkah terkejutnya beliau kerana baki dalam ASB ada hampir RM2000. 
.
Tercapailah impiannya untuk membeli kasut idamannya. 
.
Kesimpulannya?