Kisah seram yang baru berlaku pada diriku.
.
Malam itu, entah kenapa tiba-tiba isteriku mengidam mee bandung. Sebagai suami yang sado dan hensem maka aku carikan juga.
.
Aku memandu Cik Keladi iaitu kereta burok ku secara santai ditemani suara deejay radio yang berceloteh syok sendiri hingga mengantuk aku dibuatnya. Memandangkan aku berseorangan, aku membuka Joox dan memilih lagu Marabahaya oleh Pop Shuvit.
.
Secara tiba-tiba mataku segar. Tangan kananku memegang erat stereng kereta dan tangan kiriku memegang erat tombol gear kereta. Seperti ada aliran tenaga luar biasa di dalam badanku. Tetapi aku tidak tahu kenapa aku perlu memegang tombol gear sedangkan Cik Keladi menggunakan transmisi auto.
.
Aku memandu lagak gaya seperti di litar lumba. Padahal kelajuan baru 70 km/j. Mungkin kerana dendangan lagu itu yang memberikan semangat.
.
Tiba-tiba hatiku bersuara. "Tekan minyak lagi Y, tekan minyak lagi...apa barang botak macam Toretto tapi tak laju".
.
Cisss... tercabar aku. Lalu aku menekan pedal minyak sedikit hingga jarum meter menunjukkan bacaan 80km/j.
.
TIBA-TIBA !!!
.
Ssssssssrrrrreeeeeeettttt !!!!
.
Lebih kurang macam itu lah bunyinya tatkala aku brek mengejut Cik Keladi ku. Berdegup kencang jantungku pabila terlihat lembaga di hadapanku.
.
Terbeliak mata ku.
.
Bukan kerana takut. Tetapi kerana lembaga di hadapanku dengan bersahaja menunggang motosikal di jalan besar, tanpa memakai helmet dan juga lampu depan dan belakang yang tidak berfungsi.
.
Pabila aku memotongnya, tidak pula dia menunjukkan perasaan sebesalah. Malah dengan muka girang membawa moto terhuyung hayang.
.
Aku terus meng'klik' lagu Pusara di Lebuhraya oleh Ekamatra di Joox.