nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, August 31, 2010

munjung (hantar makanan) rumah ke rumah


salam geng!!!...aku taktau dlm bahase melayu nk translate cmne. biasenye aku ngan family aku panggil MUNJUNG... amalan ni dh menjadi tradisi dalam family aku dan orang2 kampung bile bulan puase. kami akan memasak(aku tak masak, mak aku yg masak hehhe) dan akan menghantar makanan tersebut rumah ke rumah. biasenye mak aku akan masak lodeh, dgn ayam goreng. terpulang pada sesebuah keluarga nak masak ape. takde paksaan pon. yang penting ikhlas.

Friday, August 27, 2010

kisah gua: bersame honda petak "boleng" sasuke!!!

motor honda petak yg memang rare,org biase bawak g kebon,si boleng bleh wat airbrush plak, mmg la geram pakcik2 yg tengok ngeeeeee......

salam pade kengkawan....agak lama nampaknye aku tak tulis pasal kapcai kawan2 kite semue kan. haaaa...kali ni aku nak memperkenalkan salah sorang veteran dalam arena autoshow ni huhu. walaupon umornye mude lg,tp dh kire otai2 la gak dalam autoshow. huhuhu. name sedare kite kali ni mohd farhan atau name manjenye boleng. kalo nak berkenalan dengan abg ensem ni, leh la singgah kat facebook beliau, mohd farhan bin mohd janis. sedare kite ni merupakan salah seorang ahli rockoil motorgroup dari bukit gambir yang pernah aku ceritekan dulu...

jom terjah abg ensem kiter ni~~~~~


bleh ceritekn sebanyak mungkin pasal diri anda??(tak lebih 30 patah prkataan hehehehe)

tersebut lah al kisah.....taib.....hahahaha
ok kisah aku,xdelah kisah sangt sebb aku ni jenis xkisah...bak kata org `ade aku kisah`?hahaha..ok name aku farhan..dberi gelaran `boleng`..name boleng ni datgnye dari kisah zamn kecik2 aku..sebb mase umur aku 6tahun aku xcident dlangar dgn moto...aku di seret sejauh dekat 50 meter..alhmdullah allah masih melindungi aku..aku cume luka2 sahaja..yg xsedapnye muke aku luka teruk,hbs calar balar..jadi bile dah sembuh muka aku berbelang2..jadi ar.nenek aku ni dari keturunan jawas..so d cakp muka aku bolang boleng mksd melayunye berbelang~belang..sampai sekrg name boleng tuh lekt..tapi alhmdllh bila dah besar ni hencm lah pulak..{perasan je aku nih}hahahaaha..(ko punye tak kesah smpai berpuloh2 perkataan ayat ko ye...tak lebih 30 patah la abg ensem hahaha)

tanda-tanda dan kelebihan malam lailatul-qadar

Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakan Umat Muhammad dengan pelbagai keistemewaan di antaranya Allah mengutuskan seorang rasul untuk seluruh alam yang bersamanya Allah turunkan kitab al-Quran sebagai petunjuk. Allah s.w.t juga telah kurniakan kepada Umat Nabi Muhammad dengan Malam al-Qadqr yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang mana ibadah di malam ini lebih baik daripada seribu bulan lain iaitu lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

Sebab-Sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah:

* Al-Qadar bermaksud mulia, oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.

* Dinamakan al-Qadar kerana pada malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.

* Kerana ibadah pada malam itu sangar besar kadar ganjarannya.


Tanda-Tanda Malam Al-Qadar:


Menurut as-Shaikh u'saimain antara tanda-tandanya ialah:

* Pada malam al-Qadar cuaca lebih terang daripada malam biasa.

* Pada Malam itu jiwa manusia menjadi tenang.

* Pada malam itu dada manusia menjadi lapang.

* Pada malam itu Manusia dapat merasakan keseronokan beribadah berbanding dengan malam-malam lain.

* Angin bertiup dengan nyaman dan tidak ada ribut taufan.

* Matahari terbit pada waktu pagi dalam keadaan tidak bersinar, ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ia ditutupi oleh sayap para malaikat yang hendak naik kelangit selepas waktu subuh.

* Ramai orang memberi salam pada malam itu.

* setengah pendapat mengatakan tiada bunyi salakan anjing pada malam itu.

Kelebihan Malam Al-Qadar:

* Malam diturunkan al-Quran.

* Malam yang dipenuhi keberkatan.

* Malam ketentuan ajal dan rezki pada tahun itu.

* Kelebihan beribadah pada malam itu lebih daripada 1000 bulan lain.

* turunnya para malaikat dari langit dengan kebaikan,kerahmatan,keberkatan dan keampunan.

* Malam yang dipenuhi keselamatan dan tidak ada keburukan.

* Keampunan bagi mereka yang bangun beribadah.

sumber: http://albesuty.blogspot.com/

Wednesday, August 25, 2010

uniknya ciptaan ilahi

salam pada sahabat blogger sekalian alam huhuhu...anyway kite pon dh nak masok bulan syawal. kali ni ape kate kite amek taw kehidupan sekeliling kiter. kite tgk awan yg takde tiang. bintang2 yg berkelipan..udara yang nyaman tapi dah dikotori oleh asap2 ntah dari mane.....info2 ni aku dpt dr seorang sahabat baik ku,hafizul amin...


1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi. 2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.
3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan