Pages

Sunday, August 21, 2011

dibelasah pelanggan kerana lambat menyediakan juadah berbuka puasa

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
terkejut jugak bila bace berita macam ni,

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah restoran di Taman Mulia, di sini, cedera di muka dan badan selepas dibelasah seorang pelanggan yang berang kerana makanan dan minuman dipesannya untuk berbuka puasa lambat dihidangkan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 30-an dikatakan mengamuk apabila pesanan makanan dibuatnya belum dihidangkan sedangkan hampir masuk waktu berbuka. baca kisah selanjutnya di sini

sebagai insan yang lemah, aku akui kita takkan terlepas daripada perasaan marah. bila sesuatu terjadi, kita akan cepat melenting tanpa memikirkan akibat perbuatan kita itu. lebih-lebih lagi di bulan puasa, cuaca panas terik, tuhan benar-benar menguji hambaNYA. macam ni lah, aku bukan pakar sangat bab-bab agama. untuk mereka yang kurang penyabar. jangan berbuka puasa di luar rumah (maksud aku kat warong). kan kita tahu orang lain pun nak berbuka puasa. ikut giliran la kan. lambat pesan,lambat dapat. senang macam ni, makan je kat rumah, suruh bini masak. takpun pergi bazar ramadhan, beli juadah, bungkus, bawak balik rumah. takde yang kena pukul, takde sapa nak report polis,kan?

teringat aku kisah Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah dahulu. walaupun ramai yang mencaci, baginda tetap bersabar. semoga kita menjadi umat yang bersabar....aminnnn

1 comment:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip penjagaan rantai motorsikal

    MENTANG2 DAH BUKA TERUS NELASAH ORANG... APA PUNYA ORANG LA

    ReplyDelete