Pages

Sunday, August 21, 2011

penting!!!semua blog di Malaysia perlu didaftarkan

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
ape macam blogger-blogger sekalian bila bace tajuk ni? mesti terkejut kan? aku pon terkejut. blog aku ni dahle banyak mencarut. boleh ke daftar? aduhhhh pening kepala aku ni haaa

sebelum 31 Ogos 2011 , semua blog di Malaysia perlu didaftarkan. Ini bertujuan memastikan blog-blog yang ada di dalam malaysia ini berinfomasi dan mempunyai kandungan yang tidak bertentangan dengan undang undang. alamak! kalau tak berinformasi tak boleh daftar ke?
habis tu, kalau tak daftar, jadi blogger haram ke aku? aduhhhh!!! dah rasa macam pendatang asing tanpa izin la pulak. Blog-blog yang didaftarkan akan diberi sijil sah seperti sijil HALAL JAKIM untuk diletakkan di dalam blog. setiap pembaca akan melihat dahulu sijil itu sebelum membaca blog tersebut, jika tiada, hendaklah membuat laporan kepada pihak berkuasa. perghhh makin seram aku di buatnya....
Setiap blogger perlu melampirkan maklumat peribadi diri sendiri semasa mendaftar secara online. Anda perlu men'scan' ic anda, surat beranak anda , surat beranak kedua ibu bapa anda , bil elektrik anda dan juga perlu membuat surat secara bertulis , 'Mengapa anda nak berblog ! '  .ok2...aku akan scan apa yang patot, tapi kena buat karangan kenapa aku berblog???aduh...kenapa aku berblog ae? suka-suka? nak cari nama? nak glamer?? ahhhhhh ntahhh
Anda akan diberi masa 1 minggu untuk mendaftarkan bagi menentukan samada anda layak berblogging atau tidak, jika gagal berbuat demikian, secara automatik blog anda akan di sekat. blog aku akan di sekat? aku tak boleh berblog? maknanya kalau entry aku ni teruk, aku akan hilang blog aku??oh tidak!!!
tujuan pendaftaran ini dibuat:
Ramai blogger skang ni makin mengarut
Cerita pasal politik yang belum tentu kepastiannya
Tidak disertakan dengan sumber dari mana sesuatu info itu diterima
Banyak blogger bercerita pasal artis yang kita belum tahu kebenaranya
Baiklah , untuk daftarkan blog korang sila  ke laman web rasmi iaitu di http://www.akutipujer.gov.my
Ok..sekian untuk berita jam 6 petang...jumpa lagi ..salam....Gurau senda entri lama tetapi dikemaskini mengikut keadaan semasa .. Selamat berpuasa .. Sabar eh..

idea asal: benashaari.com
diubah semula oleh: irwanmiswan@budakkampung39.blogspot


penutup kata: mungkin entry ini sekadar gurauan, tapi andaikata suatu hari nanti perkara ini benar-benar terjadi, adakah para blogger di Malaysia sudah bersedia? ini bukan bermakna blog aku mantap, blog aku lagi la banyak kelemahan. aku, irwan miswan akan cuba perbaiki kelemahan diri ini dari semasa ke semasa. teguran membina amat dialu-alukan.

5 comments:

  1. hahahaha Nisha pun tertipu juga..

    ReplyDelete
  2. muahahaha
    style gila penipuan cenggini

    http://azrijohan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip penjagaan rantai motorsikal

    hampehhh ko ingat kena wajib daftar macam PATI

    ReplyDelete