assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. korang dah baca mengenai kisah pusat penjagaan haiwan yang mengabaikan tanggungjawab menjaga binatang peliharaan yang diamanahkan oleh tuan punya binatang peliharaan tu? kalau belom baca, korang boleh ke sini untuk mengetahui kisah kekejaman dan ketidakperimanusiaan mereka yang bernama manusia terhadap binatang yang comel ini.
di bawah ini adalah hadis sahih muslim yang aku kongsi daripada seorang teman, khakim fanani untuk tatapan kita bersama. betapa pentingnya kita hidup di dunia untuk saling sayang menyanyangi sesama makhluk.
Dari ‘Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seorang wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga mati kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum, dan tidak pula dilepaskan supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di Bumi.”
[HR Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. pernah bercerita:
“Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah perigi, maka dia turun ke perigi itu untuk minum. Setelah keluar dari perigi itu, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata di dalam hatinya, “Alangkah hausnya anjing itu seperti yang telah ku alami.” Lalu dia turun kembali ke perigi itu, dicedoknya air dengan sepatunya, lalu dibawa ke atas untuk diminumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima amalnya) dan diampuni dosa-dosanya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Dapatkah pahala jika kami menyayangi haiwan-haiwan ini?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Menyayangi setiap makhluk hidup itu mendapat pahala.”

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bercerita:
“Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat seorang wanita pelacur bangsa Yahudi. Maka dibukanya sepatunya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya lalu diberinya minum anjing yang hampir mati kehausan itu. Maka Allah mengampuni dosa-dosa wanita itu.”

sumber gambar: blogserius, untuk mengetahui kisah lebih lanjut, boleh ke sini
Semuga kita mendapat iktibar dari kisah kisah yang dipaparkan
ReplyDeletehummm...Subhanallah~~sian tgk kucing tuh..
ReplyDelete