SALAM...
selamat tengahari korang semua. dah makan? belom? jangan la dok diet2 kang saket, perot masok angin, dah susah kan? laaa tak makan sebab tak sempat masak nasi? nape? laaaa, tengah sibuk dok google pasal Amalina pelajar 17A tu ke? lahaiii..awatlah dok sebok cari pasal hal orang sampai dapor tu tak berasap? tu haaa, anak kejap lagi nak balik sekolah, pergilah jempot anaknye tu. kang kene culik naye je. anaknye pon nak makan, petang nanti nak sambung sekolah agama pulak, baju belom gosok. kain tak basuh lagi? tu kenape coli dengan seluar dalam masih bersepah kat dalam bilik? nanti laki balik nak berehat, nak bareng2, nak bermanje dengan kamu macamane? la hai, ini macamane? ape yang lebih penting? toksahlah sebok pasal hal orang. dah-dah, pergi siapkan ape yang patot, kang terabai rumahtangga.
gambar tiada kaitan dengan cerita ini, sekadar memberitahu, minum air kelapa memang sedap daripada mendengar orang bergosip huhu. slurrrrpppppp ahhhhhh...nikmat
amboi, panjang mukadimah aku, ni kalau buat karangan SPM maunye dapat A1. hehe. aku cukup bangga dengan sikap orang kita yang mengambil berat antara satu sama lain. aku cukup gembira. setiap perlakuan orang, kita tengok. kita komen dan kita sebarkan. kadangkala belom tau sahih ke tak, tetap nak sebarkan. tapi bila jiran kat sebelah rumah ajak bertegur sapa, kita sombong plak. bila jiran keluar bercuti, kita bukan nak tolong jagakan atau tengokkan rumah die, bukan nak ambil tahu, yelar, kot-kot ade pencuri dok tertonggeng2 nak mencuri, kita ingat tu tuan rumah.
jom, kita same-same. aku pon nak try ubah. asyik dok cakap pasal hal orang je. kita pon marah kan kalau orang ngata belakang kita?kan? gua penah kena. mase tu gua bawak moto laju sebab rase nak berak tak tahan. last2 malam tu, ayah aku cakap kawan dia ngadu kat ayah aku yang aku bawak motor laju. alahai...padahal gua tau yang anak kawan ayah aku tu lagi la terok perangainya. tapi gua sabar je. gua cakap la gua nak tak tahan nak berak.
ni entry pasal gua nak berak: 3 sebab kenapa mat motor bawak laju2
eh? lupa plak aku, sekarang aku dah tak dapat bezakan mane satu orang kampong, mane satu orang bandar, same je seksi dan seksanya :-)
PSSSTTT...kerana mulut, orang lain binasa, bahaye
Memang masyarakat kite ni kadang kala terlebih prihatin. tp x semua la...
ReplyDeleteoohhh bukan prihatin but suka jaga tepi kain orang...
ReplyDeletetapi ada bagusnya bukan mengumpat tapi memperbaiki dan saling ingat-mengingati tu kiranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir